KENYATAAN TAWARAN

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang beralamat di Negeri Pahang (keutamaan kepada syarikat Bumiputera yang membayar zakat dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan berkelayakan serta berpengalaman untuk menyertai Sebut harga bagi perkara berikut :

Perihal
Kod Bidang
Tarih Tutup
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALAT TULIS TADIKA PINTAR AL-QURAN BAGI SESI 2024
020601 – ALAT TULIS (TIDAK TERMASUK BORANG DAN JENIS KERTAS
12 SEPTEMBER 2023
MUIP/SH/2023/016
MASA: 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga tidak akan dipertimbangkan

2. Dokumen sebut harga boleh diperolehi pada 30 Ogos 2023 melalui laman web MUIP : www.muip.gov.my

3. Dokumen sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri, ditulis dengan tajuk serta nombor sebut harga di atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA di alamat berikut : 

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,

KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 

JALAN ISTANA PERMAI, 26600 PEKAN,

PAHANG DARUL MAKMUR

U/P : UNIT ASET, STOR DAN PEROLEHAN

4. Tawaran hendaklah sah sehingga sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.

5. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh iklan ditutup.

6. Sebarang pertanyaan berkaitan sebut harga ini boleh berhubung dengan Unit Aset, Stor dan Perolehan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Tarikh : 30 Ogos 2023

Berita Berkaitan

Skip to content