Tawaran Sewaan Tanah

Tawaran adalah dibuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa tapak tanah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Lot:121775
Luas:0.5 Ekar
Mukim:Kuala Kuantan
Tempat:Kampung Belukar, Batu 3
Daerah:Kuantan
  1. Borang permohonan boleh di muat turun di laman Web Rasmi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, diambil di Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Harta, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Kuantan atau di Pejabat MUIP Cawangan di daerah-daerah.
  2. Dokumen permohonan sewaan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Harta , Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau secara e-mail di alamat berikut : sewahartanah.muip@gmail.com
  3. Syarat utama sewaan adalah pemohon tidak boleh membina binaan kekal dan menanam tanaman kekal di tapak tanah tersebut.
  4. Untuk tujuan pengesahan dan lawatan ke tapak tanah sewaan, pemohon boleh berhubung di talian whatsapp 011-15666376.
  5. Pemohon hendaklah menyatakan tujuan permohonan atau aktiviti yang akan diadakan diatas tapak tanah yang disewa dengan lengkap bagi memudahkan pertimbangan oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
  6. Mana-mana pihak yang memohon untuk menyewa tapak masjid atau kubur perlu terlebih dahulu mendapatkan surat sokongan daripada Jawatankuasa Masjid yang berkenaan.
  7. Sebarang pertanyaan berkenaan tawaran sewaan ini boleh berhubung dengan Unit Sewaan dan Hartanah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Harta, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di talian 09-5165120 atau whatsapp ke 011-15666376.

Berita Berkaitan

Skip to content