Sebutharga / Tender

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal – pembekal bertaraf Bumiputera dan dikenalpasti berpengalaman dalam bidang kerja yang ditawarkan serta berdaftar dengan Kementrian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti dibawah : .

MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL KALENDAR MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG BAGI TAHUN 2021

No. Sebut Harga:MUIP/SH/100/2020/003
Kod Bidang :020603 dan 221615
Taklimat:Tarikh : 23 Oktober 2020
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Syarahan MUIP,
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Istana Permai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tarikh Tutup:Tarikh : 30 Oktober 2020
Masa : 12.00 Tengahari

MEMBEKALKAN, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH CCTV DI 8 BUAH TADIKA PINTAR AL-QURAN DAN KOMPLEKS ASNAF MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

No. Sebut Harga:MUIP/SH/100/2020/002
Kod Bidang :120502
Taklimat:Tarikh : 23 Oktober 2020
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Syarahan MUIP,
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Istana Permai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tarikh Tutup:Tarikh : 30 Oktober 2020
Masa : 12.00 Tengahari

2. Penyebut harga yang berminat untuk menyertai tawaran ini adalah DIWAJIBKAN MENGHADIRI TAKLIMAT pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya PENYEBUT HARGA (penama sepertimana dalam sijil akuan pendaftaran syarikat) dibenarkan HADIR dan TIDAK BOLEH DIWAKILKAN. Bagi mengekang penularan COVID 19, anda dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN semasa menghadiri taklimat.

3. Dokumen sebut harga boleh diperolehi semasa menghadiri sesi taklimat pada 23.10.2020. Sila bawa bersama Cop Syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (tidak akan dikembalikan) semasa mendapatkan dokumen sebut harga.

4. Dokumen sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat , di tulis dengan tajuk serta nombor sebut harga di atas di sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat seperti berikut:

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Istana Permai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.


5. Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran ini boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Aset, Stor dan Perolehan, Majlis Islam Adat Resam Melayu Pahang.



Print Friendly, PDF & Email