Bantuan Tambang Belajar

BANTUAN TAMBANG BELAJAR

OBJEKTIF:
Membantu perbelajaan tambang bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara

Asnaf: Ibnu Sabil

*Syarat-Syarat:
1. Beragama Islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Sarjana Muda dalam bidang pengajian islam dan perubatan sahaja
4. Hanya kepada Negara-negara berikut:-
Mesir
Sudan
Morocco
Afrika
Jordan
Yaman
Syria
Indonesia

*Syarat-Syarat Tuntutan Tambang PERGI-
1. Tuntutan perjalanan hendaklah mengemukakan tiket asal pelajar
2. Hendaklah mengemukakan surat tawaran pengajian
3. Tuntutan hendaklah tidak melebihi dua tahun selepas pendaftaran pengajian
4. Tidak disenaraikan di dalam senarai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

*Syarat-Syarat Tuntutan Tambang BALIK-
1. Tuntutan perjalanan hendaklah mengemukakan tiket asal pelajar
2. Hendaklah mengemukakan keputusan akhir dan perakuan tamat belajar / sijil tamat belajar
3. Tuntutan hendaklah tidak melebihi dua tahun selepas tamat pengajian

Cara Memohon:
Permohonan secara atas talian Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)