PENDUDUK KG. KUALA SAT DAN KG. BANTAL MENARIK NAFAS LEGA

JERANTUT, 7 JUN 2021: Penduduk -penduduk Kampung Kuala Sat serta Kampung Bantal kini menarik nafas lega apabila bekalan barang mentah telah tiba pada hari tersebut. Dua buah kampung berkenaan tidak berkecuali apabila turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan kemunculan beberapa kluster baru di kawasan itu.

YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman berkata, penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut mengalami kesukaran bagi mendapatkan bekalan barangan mentah seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran apabila peniaga barang runcit terpaksa dikuarantin akibat penularan wabak Covid-19.

Pihak MUIP dengan kerjasama Pasaraya Darul Makmur telah mengambil langkah inisiatif untuk membuka pasar raya bergerak ke Kampung Kuala Sat dan Kampung Bantal. Kehadiran pasar raya bergerak tersebut sedikit sebanyak meredakan kerisauan para penduduk yang gusar akibat ketiadaan barang mentah serta barangan asas yang semakin habis.

Berita Berkaitan

Skip to content