KDYMM AGONG BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG KALI KE-184

PEKAN, 21 Mac 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’ina Billah berkenan untuk berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kali ke-184 hari ini.

Mesyuarat yang diadakan di bilik mesyuarat utama ibu pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang itu, turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selaku Yang Dipertua MUIP, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kebawah Duli Tuanku Agong telah berkenan untuk menyampaikan titah pembukaan, seterusnya menyaksikan upacara mengangkat sumpah Ahli Majlis yang baharu iaitu, YBrs. Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar yang kini merupakan pensyarah kanan fakulti shariah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dr. Ahmad Wifaq ialah pengganti kepada Ahli Majlis yang telah bersara, iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Monir bin Yaacob yang telah berkhidmat selama 33 tahun di MUIP. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Bin Ishak, Ahli Majlis-Ahli Majlis MUIP serta beberapa lagi pegawai atasan MUIP.

Berita Berkaitan

Skip to content