BENGKEL PELAN STRATEGIK MUIP 2021-2025

BENTONG. 10 November 2020 Bersamaan 24 Rabiulawal 1442 Hijrah – Bengkel Pelan Strategik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 2021-2025 berlangsung dengan jayanya pada 8 hingga 10 November 2020 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Penganjuran bengkel ini bagi merangka pelan perancangan strategik MUIP yang terkini bagi memperkasakan hala tuju MUIP sebagai peneraju institusi pengurusan hal ehwal Islam di negeri ini.

Majlis perasmian bengkel disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP. Dalam ucaptamanya, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja menyampaikan hasrat agar MUIP mempertingkatkan prestasi demi tanggungjawab terhadap ummah

“Berfikir di luar kotak, contohi sifat-sifat nabi SAW ‘siddiq, amanah, tabligh, fatanah’, budaya kerja berlandaskan 7 MIM, cara kerja organisasi yang dinamik dari segi hala tuju, kerjasama antara unit serta cawangan,” antara isi ucaptama Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja.

Bengkel selama 3 hari dikendalikan oleh perunding dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dihadiri seramai 37 peserta telah berjaya merangka visi, misi, objektif strategik, teras dan peneraju. Turut menyertai, Yang Hormat Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Yang Hormat Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud, Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Holdings Sdn. Bhd., Encik Ahmad Mustaqim bin Mohd Zain, Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar), Encik Khairuddin bin Ismail dan Yang Berusaha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Dr. Asmadi bin Abdul Rahman.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang buat pertama kalinya merangka Pelan Strategik MUIP 2009-2015 dengan dibantu oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kesinambungan dari pelan tersebut, dirangka Pelan Strategik MUIP 2016-2020 seterusnya Pelan Strategik MUIP 2019-2021. Pelan strategik ini rujukan utama dan panduan warga kakitangan MUIP dalam merancang strategi dan inisiatif secara sistematik dan bersepadu bagi merialisasikan visi dan misi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Wartawan : Safura
Foto : Asyraf

Print Friendly, PDF & Email