MUIP TERIMA SUMBANGAN BANTUAN PASCA BANJIR.

PEKAN, 6 FEBRUARI 2021. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dengan penglibatan dari Syarikat Siti Khadijah dan Etiqa Takaful atas sumbangan bantuan banjir sebanyak RM 70,000.

Bantuan Pasca Banjir Khaira PPZ 2021 ini telah disampaikan oleh Puan Junaidah binti Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Korporat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd kepada Timbalan Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YBrs Dr. Asmadi bin Abdul Rahman di Dewan Utama MUIP, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.

Sumbangan berupa barangan keperluan seperti tilam, dapur memasak dan periuk nasi elektrik serta telekung Siti Khadijah ini akan diagihkan oleh pihak MUIP kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang.

Print Friendly, PDF & Email