ZIARAH KASIH TUANKU YDP MUIP KE KOA PERMATANG SIPUT

PEKAN, 17 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk mencemar duli ke KOA Permatang Siput, Pekan. Tujuan utama Baginda ke kampung tersebut adalah untuk menziarahi penduduk-penduduk yang sudah lama berhajat menantikan kedatangan keluarga Diraja Pahang.

Ketibaan Baginda bersama telah disambut mesra oleh Ketua Kampung Orang Asli Permatang Siput. Sebanyak lima buah rumah yang kebanyakkannya terdiri daripada warga emas, uzur dan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah disantuni. Kebawah Duli Tuanku yang tidak asing lagi di mata rakyat Pahang juga turut menunggang sendiri motosikal dari rumah ke rumah.Dalam sesi zarah tersebut, Baginda juga berkenan untuk mengurniakan tunai yang keseluruhannya berjumlah lebih RM 7ribu serta barangan asas seperti beras, minyak dan gula kepada para penduduk.

Turut hadir bersama dalam ziarah tersebut YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussain dan Pengurus Cawangan Daerah Pekan, Ustaz Muhammad Hafidz Bin Abdul Halim.

Skip to content