TUANKU YDP MUIP SANTUNI PENGHUNI PUSAT PERTUBUHAN KOMUNITI INTERVENSI DADAH MALAYSIA

KUANTAN, 23 SEPTEMBER 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku YDP MUIP telah berkenan untuk menziarahi Pusat Pertubuhan Komuniti Intervensi Dadah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Drug Intervention Community (DiC) yang terletak di Casa Paliativo Batu 5 dan Casa Villa Sungai Soi. Keberangkatan tiba Baginda telah disambut mesra oleh Pengurus DiC sekitar jam 3 petang.
Menurut Pengurus DIC, objektif utama penubuhan Casa Villa dan Casa Palliativo adalah untuk meningkat dan mengekalkan tahap kepulihan dan kehidupan yang positif bagi bekas penagih dadah dan terutamanya mereka yang menghidap penyakit HIV.
Dalam sesi ziarah tersebut, Baginda berkenan untuk mengurniakan sumbangan dan beramah mesra bersama komuniti tersebut serta menzahirkan titah motivasi kepada mereka agar terus kuat dan semangat dalam menempuh kehidupan yang datang.
Seterusnya, Baginda juga turut melihat hasil perusahaan komuniti tersebut yang terdiri dari pelbagai bidang seperti penternakan ayam belanda dan lebah kelulut, pertukangan dan pertanian fertigasi.
Melihat kesungguhan dan keazaman yang positif komuniti tersebut, Kebawah Duli Tuanku telah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja bagi pertubuhan tersebut.

Berita Berkaitan

Skip to content