KELUARGA MANGSA ORANG HILANG TERIMA BANTUAN ZAKAT MUIP

ROMPIN. 6 November 2020 bersamaan 20 Rabiulawal 1442 Hijrah – Mohd Harif Bin Mohd Rosdi (38) yang hilang sejak 2 November 2020 akibat terjatuh daripada bot yang dinaiki ketika menangkap ikan di Perairan Pulau Sri Buat, Mukim Tioman, Rompin Pahang masih belum ditemui.

Rentetan daripada kejadian tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menitahkan agar bantuan zakat diberikan segera kepada keluarga mangsa sebanyak RM 2000.00.

Bantuan zakat ini telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi bersama Pegawai Khas Agama Pemangku Raja Pahang, Ustaz Ahmad Mukmin Bin Nor Hishamuddin di rumah keluarga mangsa petang tadi.

Bantuan diberikan kepada bapa mangsa, Mohd Rosdi Bin Seman (60) bagi membantu meringankan sedikit bebaban yang dihadapi keluarga mangsa.

Wartawan : Hadijah
Foto : Fairuz

Berita Berkaitan

Skip to content