RM 303 RIBU SUMBANGAN KHAS BANTU 101 GURU SEKOLAH AGAMA SAMBUNG PDPP/DPLI

Kuantan, 16 Julai 2021 : MUIP mengagihkan sebanyak RM 303 ribu kepada 101 orang guru sekolah agama yang menyambung pengajian Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan ( PDPP ) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ). Guru-guru yang menerima bantuan khas ini merupakan guru yang sedang mengajar di sekolah menengah agama negeri, sekolah menengah agama majlis, sekolah persendirian/swasta, guru Al-Quran asrama dan guru maahad tahfiz yang masing-masing menerima RM 3,000 seorang.

Gimik penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Haji Husain kepada wakil penerima Ustaz Muhammad Yusri Syafiq Bin Md Yusof. Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Baitulmal & Operasi ) , Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam serta Ketua Unit Pendidikan MUIP. Diharapkan dengan bantuan zakat yang diagihkan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan demi memastikan guru-guru tersebut dapat meneruskan kesinambungan pendididikan di Negeri Pahang.

Skip to content