Bantuan Saguhati Guru Kelas Al Quran Kanak-Kanak

BANTUAN KELAS AL-QURAN KANAK-KANAK (KAKK)

Objektif:
1. Meningkatkan mutu pendidikan agama sekolah
2. Mengurangkan bebanan kos pengurusan dan pembiayaan guru

Asnaf: Fi sabilillah

*Syarat-Syarat:
1. Telah berdaftar dengan Masjlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP).

2. Syarat untuk berdaftar dengan MUIP seperti berikut:
i) KAKK telah beroperasi lebih daripada 1 tahun
ii) KAKK dikelolakan oleh Jawatankuasa yang sah yang dilantik melalui Mesyuarat Jemaah Pengurusan Sekolah berkenaan
iii) KAKK hendaklah diadakan di salah satu daripada tempat-tempat berikut:

a) masjid; atau
b) surau;atau
c) Bangunan sekolah; atau
d) Bangunan Khas

iv) KAKK hendaklah sama sekali tidak boleh diadakan di rumah atau bangunan kedai samada milikan sendiri atau disewa dan sebagainya.
v) KAKK bukan untuk tujuan perniagaan
*bagi maksud ini KAKK tidak boleh didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kategori pelajar
vi) KAKK adalah dari Sekolah Rendah (berumur dalam lingkungan 7-12 tahun sahaja)
vii) Mempunyai pelajar sekurang-kurangnya 20 orang
viii) Waktu pembelajaran adalah waktu bekerja/pejabat
ix) Masa belajar sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit bagi setiap sesi
x) Jumlah hari KAKK ialah 5 hari seminggu bermula Isnin hingga Jumaat.

Cara Bayaran
Bayaran ke akaun guru

Cara Memohon
Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)