PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL ADAT RESAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU PAHANG

SYARAT PENYERTAAN
  1. Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  2. Artikel yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, asli dan belum pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
  3. Artikel yang dihantar kepada MUIP tidak boleh dihantar ke pertandingan lain sehinggalah pengumuman keputusan pemenang diumumkan oleh MUIP.
  4. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya, tetapi hanya satu karya terbaik sahaja yang akan dipilih untuk layak memenangi hadiah
  5. Semua karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Pihak MUIP berhak untuk menyunting, mencetak, dan menerbitkan karya tersebut.
  6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan karya yang dikirim kepada urusetia pertandingan
PENILAIAN JURI
  1. Setiap penyertaan akan dinilai oleh juri yang dilantik. Juri berhak untuk menolak/membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi format dan tema yang telah ditetapkan.
  2. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima
FORMAT PENULISAN
  1. Setiap karya mestilah ditaip, berselang dua baris di atas kertas putih bersaiz A4, saiz tulisan 12 (Arial atau Times New Roman). Setiap helaian perlu disertakan muka surat.

  2. Panjang karya hendaklah antara 3,000-3,500 patah perkataan dan ditulis dalam Bahasa Melayu

  3. Jumlah perkataan perlu dicatatkan pada muka surat terakhir artikel

HADIAH
Tempat Pertama
RM 3,000.00
Tempat Kedua
RM 2,000.00
Tempat Ketiga
RM 1,000.00
Saguhati
RM 500.00
CARA PENYERTAAN
  1. Setiap artikel perlu dihantar secara SOFTCOPY berformat PDF SAHAJA kepada pihak urus setia. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan borang yang telah disediakan.

TEMA ARTIKEL

Pertandingan penulisan artikel ini menjurus kepada penulisan adat resam dan kebudayaan Melayu Pahang bertemakan seperti :-

a. Seni Persembahan
b. Makanan Tradisional
c. Adat Resam Kelahiran, Perkahwinan dan Kematian
d. Permainan Tradisional
e. Tokoh Seni dan Budaya Tempatan
f. Busana Tradisional
g. Perayaan
h. Perubatan Tradisional
i. Seni Bina Melayu
j. Seni Muzik
k. Manuskrip Melayu

Tarikh Penyertaan : 13 November 2023 Hingga 30 November 2023

Berita Berkaitan

Skip to content