PERASMIAN MYFIKRAH MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

PEKAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah melancarkan perasmian MyFikrah seiring dengan matlamat menjadikan jabatan ini ke arah yang lebih inovatif dan kreatif. Perasmian tersebut yang dirasmikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal & Operasi), Yang Berusaha Dr. Asmadi bin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Dasar), Yang Berbahagia Encik Khairuddin bin Ismail.

Dalam sesi perasmian majlis tersebut, Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain turut menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada seluruh warga MUIP agar bekerja dengan lebih cekap dan efisyen agar para pelanggan terutamanya asnaf zakat khususnya dan umat Islam amnya dalam mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada MUIP. Majlis perasmian tersebut telah diakhiri dengan gimik perasmian dan tayangan video.

Skip to content