PENDUDUK KAMPUNG JUARA DAN KAMPUNG MUKUT TERIMA KUNJUNGAN TUANKU YDP MUIP

PULAU TIOMAN, 14 & 15 OKTOBER 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan bercemar duli menziarahi penduduk kampung Juara dan kampung Mukut pada 14 dan 15 Oktober yang lalu.

Sebanyak 10 buah rumah bagi setiap kampung telah telibat dalam sesi ziarah pada dua hari tersebut. Baginda selaku Tuanku YDP MUIP telah beramah mesra bersama penduduk-penduduk kampung dan turut mengurniakan sumbangan dan bekalan asas kepada mereka. Penduduk-penduduk kampung juga turut terharu apabila rumah mereka yang telah uzur dan usang akan dibaik pulih serta dibina baharu setelah mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Tuanku.

Turut hadir mengiringi Timbalan YDP MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP (Baitulmal & Operasi), YBrs. Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman, Pengurus Cawangan Daerah MUIP Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Muhammad Fauzi.

Skip to content