MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL KALENDAR MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG BAGI TAHUN 2023

KENYATAAN TAWARAN

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal bertaraf Bumiputera dan dikenalpasti berpengalaman dalam bidang kerja yang ditawarkan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti dibawah:

Perihal
Kod Bidang
Taklimat
Tarih Tutup
MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL KALENDAR MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG BAGI TAHUN 2023
020603 ATAU 221615
TARIKH : 20 JUN 2022
TARIKH: 27 JUN 2022
MUIP/SH/2022/007
MASA : 10.00 PAGI
MASA: 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SYARAHAN, MUIP
Dokumen sebut harga yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga tidak akan dipertimbangkan

2. Penyebut harga yang berminat untuk menyertai tawaran ini adalah DIWAJIBKAN MENGHADIRI TAKLIMAT pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Penama sepertimana dalam Sijil Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang boleh menghadiri taklimat tersebut. Penyebut harga tidak dibenarkan mewakilkan individu lain selain daripada penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

3. Penyebut harga dikehendaki membawa cop syarikat dan salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera serta salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia ketika menghadiri taklimat sebut harga. Dokumen sebut harga boleh diperolehi semasa taklimat.

4. Dokumen sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat, ditulis dengan tajuk serta nombor sebut harga di atas di sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat seperti berikut :

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
JALAN ISTANA PERMAI, 26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

(UP: UNIT ASET, STOR DAN PEROLEHAN)

5. Sebarang pertanyaan berkaitan sebut harga ini boleh berhubung dengan Unit Aset, Stor dan Perolehan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

Tarikh : 13 Jun 2022

Skip to content