KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

PEKAN, 2 APRIL 2021: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menerima satu sesi kunjungan hormat daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im b. Haji Mokhtar dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang, YAA Dato’ Sri Haji Abdul Rahman b. Md Yunos telah disambut mesra oleh Ahli Majlis MUIP, YH. Prof. Dato’ Dr. Abdul Monir bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar), Encik Khairudin bin Ismail dan Pegawai Undang-undang Syariah MUIP, Ustaz Ahmad Mawardi bin Mohamad dan Pegawai Undang-undang, Puan Norazlina bt Yaakub.

Sesi kunjungan yang berlangsung selama 2 jam diakhiri dengan pemberian cenderamata oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP kepada Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syari’ah Malaysia sebagai tanda penghargaan.

Skip to content