INFO KORPORAT

SEJARAH PENUBUHAN

Perancangan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada asalnya bermula pada tahun 1927 oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah sebagai Majlis Anggota Islam. Penubuhannya bertujuan menguruskan kutipan zakat dan fitrah untuk kepentingan agama seperti membangunkan sekolah-sekolah Arab (agama) dan memberi bantuan kepada penuntut yang sedang belajar di luar negeri (Mesir dan Mekah) ketika itu.

Namun begitu, penubuhannya berjaya dilaksanakan ketika Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah menaiki takhta pada 28 Mei 1933. Dua bulan kemudiannya, pada 17 Julai 1933, dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri Pahang telah melantik Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman sebagai Yang Dipertua. 

Penambahan fungsi menunjukkan peranan Majlis Anggota Islam ketika itu sudah menjadi satu perkara yang penting di negeri Pahang. Berikutan itu, pada tahun 1943 penggantian nama sebagai Majlis Agama Islam Pahang dengan mengadakan mesyuarat pertama kali pada 10 November 1943.

Beberapa peringkat perubahan berlaku setelah hampir setengah abad penubuhannya. Hasilnya, tercetuslah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang yang merupakan badan tertinggi mengenai hal ehwal agama di negeri Pahang dan bertanggungjawab kepada DYMM Sultan selaku ketua agama negeri. 

Segala perkara-perkara dasar, kewangan dan lain-lain akan menjadi fokus utama dalam mesyuarat Majlis untuk kemajuan dan keutuhan agama Islam di negeri Pahang. Fungsi dan kuasa Majlis adalah untuk menasihat dan membantu DYMM Sultan bagi segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu Pahang. 

Tanggal 8 Mei 1974, Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah menaiki takhta kerajaan negeri Pahang sekali gus menjadi Ketua Agama Negeri Pahang.

Melalui pewartaan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, “Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang” sehingga kini.

Pada 1 November 1984, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Tengku Mahkota Pahang pada ketika itu dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis.

Seterusnya, pada 28 Januari 2020 baginda berkenan untuk melantik paduka anakanda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Sebidang tanah seluas 4.35 ekar telah dikurniakan atas keprihatinan Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah untuk pembinaan kompleks pentadbiran Majlis yang menelan kos sebanyak RM13.85 juta. Kompleks ini mula dibina 11 September 2003, upacara pecah tanah telah disempurnakan sendiri oleh KDYMM Sultan Pahang pada 21 Oktober 2002.  

Pada 5 Julai 2006 satu Majlis Serahan Bangunan Kompleks MUIP di Jalan Istana Permai Pekan Bandar Diraja oleh JKR kepada MUIP. Kompleks ini dirasmikan pada 21 Jun 2007 oleh Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan menamakannya sebagai Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah. 

VISI

“Bertekad Menjadi Peneraju Hal Ehwal Islam Demi Kesejahteraan Ummah”

MISI

“Memartabatkan Islam Melalui Ekosistem Tadbir Urus Yang Cemerlang, Memperkasakan Masyarakat Rabbani Serta Melestarikan Adat Resam Melayu Yang Tidak Bertentangan dengan Syariat Islam”

PEJABAT OPERASI

Istana Kuning
Pejabat Kadi Lama
Bangunan JAIP
Pejabat KDYMM Sultan Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah

SEJARAH PENUBUHAN

 

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.

Pada 8 Mei 1974, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang. Selaku Ketua Agama Negeri Pahang, baginda telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis. Namun begitu, mulai 1 November 1984, Baginda Sultan telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis dan kekal menerajui Majlis sehingga hari ini.

Namun begitu, di atas rasa keprihatinan, KDYMM Sultan Pahang berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 4.35 ekar untuk pembinaan sebuah kompleks pentadbiran Majlis. Pada 21 Oktober 2002, KDYMM Sultan Pahang berkenan menyempurnakan upacara pecah tanah menandakan bermulanya pembinaan kompleks ini. Pembinaan kompleks ini sebagai Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menelan kos keseluruhan berjumlah RM13.85 juta, sebanyak RM6 juta disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala kos selebihnya ditanggung oleh Majlis sendiri.

Pada 5 Julai 2006 satu upacara Majlis Serahan Bangunan Kompleks Majlis di Jalan Istana Permai Pekan oleh Pengarah JKR Negeri Pahang YH. Dato’ Ir. Rosman bin Yahya kepada YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis telah diadakan di Dewan Teater Majlis. Bermula dari tarikh tersebut, operasi pentadbiran Majlis berpindah dari Pejabat KDYMM Sultan Pahang ke bangunan kompleksnya sendiri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah merasmikan kompleks ini pada tanggal 21 Jun 2007 dan berkenan menamakannya sebagai Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah.


PEJABAT OPERASI

 
 
 

Istana Kuning

 

 
 
 

Pejabat Kadi Lama

 

 
 
 

Bangunan JAIP

 

 
 
 

Pejabat KDYMM Sultan Pahang

 

Visi

“Menjadi Institusi Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap Dan Terunggul”

Misi

Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat.

Piagam Pelanggan

Kami warga MUIP sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti tinggi, jujur, amanah serta sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami berasaskan kepada sahsiah, keperibadian dan akhlak yang dituntut oleh syarak.

Polisi Dan Objektif Kualiti

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan syiar Islam di Negeri Pahang berpandukan kepada Perlembagaan Negara serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

 

 

[printfriendly]