KUASA DAN FUNGSI

Seksyen 5 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

5. (1)Majlis hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat resam Melayu, kecuali perkara yang berkaitan dengan Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, setakat yang mengenai Negeri Pahang, dan dalam semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Pahang selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini atau mana-mana Enakmen yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Pada melaksanakan fungsinya, Majlis hendaklah mempunyai kuasa membincangkan dan menjalankan semua aktiviti berkaitan dengan pembangunan agama Islam dan adat resam Melayu.

(3) Pada melaksanakan fungsinya, Majlis boleh menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat sama ada bersendirian atau bersekutu dengan badan atau orang lain dan boleh memberi bantuan kewangan kepada syarikat itu.

(4)Majlis boleh membeli, underait, atau memperolehi secara lain apa-apa saham atau syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian yang mana perniagaannya adalah pada pendapat Majlis tidak bercanggah dengan prinsip Islam.