PROFAIL PUSAT DIALISIS MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Latar Belakang

Pusat Dialisis ini merupakan program pembangunan sosial agihan zakat oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan dialisis kepada pesakit buah pinggang yang semakin meningkat khususnya daripada golongan yang kurang berkemampuan. Mulai beroperasi pada 10 Ogos 2015. Pusat ini dibina di perkarangan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih, Kuantan diuruskan oleh anak syarikat Majlis iaitu Klinik Al-Amin Sdn. Bhd. dan berupaya menempatkan 28 buah mesin hemodialisis. Ketika ini beroperasi dengan kadar 2 syif sehari.