PROFAIL PAHANG MEDICAL CENTER

Latar Belakang

Pusat Rawatan Keluarga Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 16 Februari 1990. Pada 1 April 1996, pihak syarikat telah menukar nama kepada Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. setelah pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menjadi pemegang saham terbesar syarikat. Pada 19 Oktober 2011, pihak syarikat telah menukar nama kepada Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. Ia beroperasi di Lot 1, Wisma MUIP,
Jalan Gambut, Kuantan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan permohonan pelan pembesaran Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. Jalan Gambut, Kuantan. Pembesaran hospital ini yang melibatkan Lot 3, 5 & 7 di bangunan Wisma MUIP adalah untuk membolehkan Hospital Pakar PRKMUIP menawarkan kemudahan perkhidmatan Klinik-Klinik Pakar secara menyeluruh, CT Scan, MRI dan pertambahan bilangan katil pesakit. Pembinaan bagi projek pembesaran hospital ini telah pun bermula dan dijangka mengambil masa selama 2 tahun di mana dijangka siap pada akhir tahun 2017. Hospital Pakar ini amat perlu demi memastikan bidang perubatan diperingkat Klinik Pakar terjaga khususnya dan untuk kemudahan perubatan kepada semua golongan, bangsa mahupun agama.

Pihak Majlis telah menukar nama hospital ini dari Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. kepada nama baru Pahang Medical Centre Sdn. Bhd.

PERKHIDMATAN

DILATASI DAN KURETAJ

RAWATAN KANAK-KANAK
Rawatan Fototerapi
Vaksinasi

KARDIOLOGI

GAESTROENTROLOGI

UROLOGI
Urologi
AV Fistula Surgery

PERKHIDMATAN LAIN
Kecemasan(24 Jam)
Pesakit Luar
Radiologi

KEMUDAHAN

WAD RAWATAN
Bilik Eksekutif
Bilik Perseorangan
Bilik Berkembar

Dewan Bedah
Bilik Bersalin
Bilik Rawatan
Unit Radiologi Makmal

KEMUDAHAN LAIN

Kedai Cenderamata
Surau
Bilik Lembaga Pengarah
Bilik Seminar
Bilik Susuan Bayi
Bilik Menunggu