PROFAIL MUIP URUS SDN. BHD.

Latar Belakang

MUIP Urus Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Majlis yang ditubuhkan bagi memastikan pengendalian urusan perhotelan Majlis, asrama pelajar dan stesen minyak dijalankan di bawah pengurusan yang cekap, profesional dan patuh kepada keperluan syariah.

HOTEL DARULMAKMUR JERANTUT

Hotel DarulMakmur, Jerantut merupakan sebuah hotel yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf bagi memastikan keselesaan kepada penghuni yang menginap di hotel tersebut. Hotel 7 tingkat dengan kapasiti 39 buah bilik ini menawarkan 3 jenis pilihan bilik turut menawarkan kemudahan Restoran di aras bumbung, Bilik Seminar, Surau, Dewan Utama serta kemudahan lif. Pengoperasian hotel ini telah berjaya memberikan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan serta merancakkan kegiatan ekonomi di Bandar Jerantut.

Sebagai usaha penambahbaikan dan memeriahkan lagi kedatangan pengunjung ke hotel, pihak pengurusan hotel telah membina kemudahan tempat makan di luar bangunan hotel yang dinamakan sebagai Tepian Darulmakmur. Kemudahan yang disediakan ini dapat memberi peluang kepada pengunjung menikmati sajian hidangan makanan tempatan dan ‘western’ yang enak sambil menikmati keindahan suasana waktu malam di Bandar Jerantut.

DARULMAKMUR LOGDE

DarulMakmur Lodge, Kuantan merupakan sebuah hotel bajet menjanjikan keselesaan dan keunikan yang tersendiri. Terletak ditengah-tengah Pusat Bandar Kuantan, bersebelahan dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC Pahang), berhampiran dengan pusat beli-belah utama dan berhadapan dengan Stadium Darul Makmur. Penginapan di hotel ini mengutamakan keperluan pelanggan berikutan kedudukan hotel yang strategik, perkhidmatan berlandaskan keselesaan dan kadar bayaran hotel yang berpatutan.

Sejumlah 26 buah bilik penginapan ditawarkan mengikut jenis iaitu Standard, Single, Triple dan Suite dilengkapi dengan kemudahan TV LCD, internet wifi percuma dan kemudahan asas seperti seterika, pemanas air, dan minuman. Turut ditawarkan kemudahan Dewan Seminar dan Bilik Mesyuarat dimana boleh menampung sehingga 50 orang pada satu-satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan internet wifi, audio dan visual juga penyediaan makanan dan minuman mengikut pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

STESEN MINYAK PETRON

Pihak MUIP Urus juga menguruskan operasi Stesen Minyak Petron Bandar Beserah, Kuantan yang mana tapak Stesen Minyak ini telah dibeli oleh pihak Majlis di bawah nama Stesen Minyak Mobil. Setelah dibeli ianya telah diubah suai oleh pihak Majlis dan stesen minyak ini telah ditukar nama kepada Stesen Minyak Petron Bandar Beserah, Kuantan.

Ianya mula beroperasi pada bulan April 2015 dengan diketuai oleh seorang pengurus. Selain itu juga, PDM Bistro turut dibuka di stesen minyak tersebut pada 25 Julai 2016. Dengan pemilikan stesen minyak ini ianya telah mengukuhkan kedudukan Majlis dalam bidang peruncitan di samping dapat menawarkan pekerjaan kepada orang ramai dan merancakkan pembangunan ekonomi setempat.