PROFAIL MUIP PLANTATIONS SDN. BHD

Latar Belakang

MUIP Plantations Sdn. Bhd. yang diperbadankan pada 30 Oktober 2013 ditubuhkan bagi menguruskan operasi ladang milik Majlis iaitu di:-

Ladang Getah MUIP Sungai Berjuang di Ulu Cheka, Jerantut mula dibangunkan pada tahun 2006 berkeluasan 204.33 hektar di mana pecahan bagi Blok A adalah 105.90 hektar dan Blok B ialah 98.43 hektar telah mula mengeluarkan hasil mulai bulan Januari 2014. Pihak MUIP Plantations telah melantik seorang Penyelia dan seorang Mandur bagi menguruskan ladang ini dengan kontraktor ladang yang dilantik untuk kerja-kerja membersih kawasan tanaman (MKT) dan pengeluaran hasil getah. Bagi tahun 2017, jumlah hasil jualan getah sekerap dari ladang ini berjumlah 493,384 kg.

Ladang Kelapa Sawit MUIP Jalan Tasik Chini, Pekan yang berkeluasan 1,600 ekar telah mula mengeluarkan hasil pada bulan Januari 2014. Pihak FELCRA Berhad secara rasminya telah menyerahkan projek Pembangunan Ladang Kelapa Sawit MUIP Tasik Chini kepada pihak Majlis pada 9 Mei 2014 dan ladang kini diuruskan sepenuhnya oleh anak syarikat Majlis iaitu MUIP Plantations Sdn. Bhd. Bagi tahun 2017, Ladang Kelapa Sawit MUIP Tasik Chini telah mencatatkan jualan buah tandan segar (BTS) sebanyak 4,531.09 tan. Projek ladang kelapa sawit ini akan memberikan pendapatan tahunan tetap kepada pihak Majlis untuk tempoh 22 tahun yang akan datang serta
memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang