PROFAIL KLINIK AL-AMIN

Latar Belakang

Klinik Al-Amin Sdn. Bhd. iaitu sebuah Klinik Pesakit Luar mula beroperasi pada bulan Januari 2003, menawarkan perkhidmatan kesihatan alternatif kepada umat Islam yang mementingkan penjagaan kesihatan berteraskan ciri-ciri etika perubatan Islam.Merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, klinik ini telah dilengkapi dengan peralatan perubatan yang terkini termasuk kemudahan perkhidmatan x-ray bagi memenuhi keperluan pesakit yang menggunakan perkhidmatan di Klinik Al-Amin.

Kedudukan klinik ini amat strategik kerana terletak di perkarangan Masjid Negeri Kuantan yang sentiasa menerima kunjungan jemaah ke masjid. Dengan kewujudan Klinik Al-Amin, umat Islam dapat menikmati perkhidmatan rawatan pesakit luar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di samping menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti sosial Majlis.

Di samping mempunyai klinik rawatan pesakit luar, Klinik Al-Amin juga menguruskan operasi Pusat Dialisis Majlis Ugama Islam Pahang di perkarangan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih, Kuantan.