KENYATAAN TAWARAN

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal – pembekal bertaraf Bumiputera yang beralamat di Negeri Pahang dan dikenalpasti berpengalaman dalam bidang kerja yang ditawarkan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti dibawah : .

MEMBEKAL 33 SET KOMPUTER KEPADA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

No. Sebut Harga:MUIP/SH/100/2020/004
Kod Bidang :210101 Atau 210102
Tarikh Tutup:Tarikh : 25 November 2020
Masa : 12.00 Tengahari
(Dokumen sebut harga yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga tidak akan dipertimbangkan)

2. Dokumen sebut harga boleh diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Aset, Stor dan Perolehan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Sila bawa bersama Cop Syarikat semasa mendapatkan dokumen sebut harga.

3. Dokumen sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat , di tulis dengan tajuk serta nombor sebut harga di atas di sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat seperti berikut:

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Istana Permai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.


4. Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran ini boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Aset, Stor dan Perolehan, Majlis Islam Adat Resam Melayu Pahang.

Print Friendly, PDF & Email