Kenyataan Media Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 1441H / 2020M

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa‘ala alihi wasahbihi ajma‘in.

Adalah dimaklumkan bahawa 𝗞𝗲𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶-𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗔𝗹-𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗶’𝗮𝘆𝗮𝘁𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗹-𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗳𝗮 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗜𝗯𝗻𝗶 𝗔𝗹-𝗠𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮’𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 sebagai 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿, telah memperkenankan Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 1441 Hijriyyah bersamaan 2020 Miladiyyah ialah RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Sahaja).

Semua umat Islam di dalam negeri ini hendaklah mengeluarkan Zakat Fitrah
mereka bermula dari awal Ramadhan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri.

Memahami keutamaan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan pematuhan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaedah bayaran melalui Amil Zakat Fitrah adalah tidak disediakan. Justeru itu, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) telah menetapkan kaedah bayaran pada tahun ini adalah seperti berikut:

𝗮) 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 (𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗲𝘁) 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗲𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁.𝗺𝘂𝗶𝗽.𝗴𝗼𝘃.𝗺𝘆.
𝗯) 𝗔𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴𝗚𝗼 (𝘈𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮𝘬𝘢𝘯)
𝗰) 𝗔𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗻𝗮𝗽𝗡𝗣𝗮𝘆 (𝘈𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮𝘬𝘢𝘯)
𝗱) 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝟭𝟱𝟴𝟴𝟴. Bagi mereka yang tiada kemudahan untuk membuat bayaran secara atas talian (internet) seperti di atas.

Kaedah bayaran melalui 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝟭𝟱𝟴𝟴𝟴 ini adalah pilihan hanya kepada mereka sepertimana berikut ;
𝘪. 𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘵𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 (𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘦𝘵).
𝘪𝘪. 𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘪𝘯𝘥𝘪𝘷𝘪𝘥𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘵𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯.
𝘪𝘪𝘪. 𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘡𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘍𝘪𝘵𝘳𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘵𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.

Melalui kaedah ini pihak Majlis akan mendahulukan bayaran bagi pihak pembayar dan memerlukan pembayar membuat bayaran semula kepada Majlis selepas berakhir tempoh PKP. Jika ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam tempoh Ramadhan dan khidmat Amil Fitrah disediakan, maka kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah 15888 ini tidak lagi disediakan.
𝘒𝘦𝘩𝘢𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘦𝘥𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘡𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘍𝘪𝘵𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘢𝘩𝘢𝘯𝘨 15888 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘑𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘶𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘶𝘬𝘶𝘮 𝘚𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘗𝘢𝘩𝘢𝘯𝘨.

Selain kaedah-kaedah bayaran yang dinyatakan di atas, pihak Majlis akan terus menyediakan lain-lain kaedah bayaran alternatif kepada mereka yang tiada kemudahan membuat bayaran secara atas talian (internet) agar tanggungjawab menunaikan Zakat Fitrah dapat ditunaikan.

𝘚𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘶𝘵 𝘡𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘍𝘪𝘵𝘳𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘜𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘋𝘢𝘯 𝘈𝘥𝘢𝘵 𝘙𝘦𝘴𝘢𝘮 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 𝘗𝘢𝘩𝘢𝘯𝘨 (𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴) 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘚𝘦𝘬𝘴𝘺𝘦𝘯 38 𝘌𝘯𝘢𝘬𝘮𝘦𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘑𝘦𝘯𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘚𝘺𝘢𝘳𝘪𝘢𝘩 2013 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘴𝘢𝘣𝘪𝘵 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘳𝘪𝘣𝘶 𝘳𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪𝘵 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘢𝘳𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢-𝘥𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪.

Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ini, umat Islam digalakkan menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah dan patuh dengan apa-apa ketetapan pihak berkuasa selama tempoh PKP ini berkuatkuasa.

Dikesempatan ini, saya bagi pihak Majlis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan selamat menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ini.

Sekian, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

(𝗬𝗛. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗮𝗶𝗻, 𝗗𝗜𝗠𝗣.,𝗦𝗔𝗣.,𝗔𝗠𝗣.,𝗣𝗞𝗖)
Setiausaha,
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Tarikh : 23 April 2020M / 29 Sya’ban 1441H.