Kenyataan Kerja-Kerja Undi MembaikPulih Rumah Asnaf Tahun 2021

1. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan cabutan undi bagi kerja-kerja membaikpulih rumah asnaf bagi tahun 2021. Kerja-kerja ini terbuka kepada kontraktor Bumiputera Kerja Bangunan Gred G1 di daerah-daerah Negeri Pahang.

2. Pendaftaran dan Sesi Cabutan kerja-kerja undi akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh dan Waktu Pendaftaran:29 Mac 2021 (Isnin) Jam 8.00 Pagi sehingga
12 April 2021 (Isnin) Jam 8.00 Pagi
:Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian. Pautan bagi Borang Pendaftaran akan disiarkan di Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) www.muip.gov.my bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan diatas.
Tarikh dan Waktu Cabutan Undi:20 April 2021 (Selasa) Jam 10.00 Pagi
Cabutan akan dibuat secara Live Feed melalui Laman Facebook Rasmi MUIP (MUIPINFO).
Senarai Kontraktor yang telah mendaftar dan berstatus LAYAK untuk menyertai kerja undi ini akan dimaklumkan melalui whatsapp dan dimuatnaik di Portal Rasmi MUIP Satu (1) Jam sebelum cabutan undi dibuat.

3. Sila muat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran secara atas talian :

a. PerakuanPendaftaran Kontraktor (PKK) oleh CIDB
b. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB
c. Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh BPKU, KKR
d. Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST)-untuk berkaitan kerja-kerja Elektrikal

4. Kontraktor yang telah Berjaya di dalam Sebutharga atau kerja undi MUIP di dalam daerah yang sama bagi tahun semasa adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai kerja undi ini.

5. Kontraktor yang berjaya dan menolak tawaran kerja TIDAK AKAN DITAWARKAN SEMULA bagi kerja tahun semasa.

Skip to content