KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN TERIMA MENGADAP JAIP, JMNP DAN YAA KETUA HAKIM SYARIE

PEKAN. 22 Julai 2020 Bersamaan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

Baginda yang juga merupakan KDYMM Tuanku Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berangkat sempena Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang Bersama Institusi Agama Islam Negeri Pahang iaitu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Mufti Negeri Pahang (JMNP). Baginda juga mengampuni perkenan mengadap oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Md Yunos.

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan mendengar persembahan taklimat oleh pihak JAIP dan JMNP.

Mengiringi baginda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Yang Hormat Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain. Hadir sama, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan Yang Hormat Pengarah JAIP, Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha. Majlis ini juga disertai bersama pegawai-pegawai kanan dari JAIP dan JMNP.