KAFFARAH

Maksud Kaffarah
Menurut istilah iaitu perbuatan yang dengannya boleh menghapuskan dosa samada dengan memerdekakan hamba, bersedekah atau berpuasa dengan syarat-syaratnya yang tertentu.1
Maksud Kaffarah

Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga satu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Jenis Perkhidmatan Kaffarah Yang Disediakan

Kadar Bayaran Kaffarah

Bersetubuh Di Siang Hari Pada Bulan Ramadhan

RM120

RM 2.00 x 60 orang miskin

Termasuk Cas Perkhidmatan 15%
Jenis Perkhidmatan Bayaran Kaffarah Yang Disediakan 
Klik perkhidmatan untuk maklumat lanjut
Bersetubuh Siang Hari Di Bulan Ramadhan
perkhidmatan bayaran kaffarah yang disediakan iaitu bayaran kaffarah memberi makan 60 orang miskin dan bagi setiap seorang kadar 1 cupak makanan asasi.
Melanggar Sumpah atau Nazar
perkhidmatan bayaran kaffarah yang disediakan iaitu bayaran kaffarah memberi makan 10 orang miskin dan bagi setiap seorang kadar 1 cupak makanan asasi.
Zihar
perkhidmatan bayaran kaffarah yang disediakan iaitu bayaran kaffarah memberi makan 60 orang miskin dan bagi setiap seorang kadar 1 cupak makanan asasi.
Menyetubuhi Isteri Yang Masih Di Dalam Haidh
perkhidmatan bayaran kaffarah yang disediakan iaitu bayaran kaffarah nilaian 1 Dinar @ ½ Dinar berdasarkan harga semasa.
Kadar Bayaran Kaffarah

Kaffarah

Bersetubuh Di Siang Hari Pada Bulan Ramadhan

RM120

RM 2.00 x 60 orang miskin

Termasuk Cas Perkhidmatan 15%

Kaffarah

Melanggar Sumpah Atau Nazar

RM20 @ RM600

RM2.00 x 10 orang miskin @ RM60.00 x 10 orang miskin

Termasuk Cas Perkhidmatan 15%

Kaffarah

Zihar

RM120

RM 2.00 x 60 orang miskin

Termasuk Cas Perkhidmatan 15%

Kaffarah

Menyetubuhi Isteri Yang Masih Di Dalam Haidh

RM1043 @ RM521.50

*RM245.33 x 4.25

1 Dinar = 4.25 gram emas
1 gram emas = RM 245.33*
Termasuk Cas Perkhidmatan 15%
*Tertakluk pada harga emas semasa

1AI-Fiqh al-Manhaji Ala al-Mazhab al-lmam as-Syafi’ie. Cetakan Dar al-Kalam Damsyik.Jil.1. Hlm.539.

Dalil : Hadith Rasululluh SAW daripada Abu Hurairah RA berkata: “Ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.” Dalam riwayat yang lain, dalam bulan Ramadhan. Sabda Baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?” Jawabnya: "Tidak." Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak." Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya.' “Tidak." Rasulullah SAW diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, IaIu bersabda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku." Sabda Baginda lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!” Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, IaIu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu.”

Riwayat al-Bukhari