Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan yang baik dalam Pengetahuan Agama Islam.

JAWATAN

BILNAMA JAWATANSTATUS JAWATANBAYARAN PERKHIDMATAN / ELAUN#
1.Pembantu Pengurusan Murid
Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Cameron
Highland
KontrakRM 1,200.00Maklumat Lanjut
2.Pembantu Pengurusan Murid
Tadika Pintar Al-Quran MUIP Indera Mahkota Daerah Kuantan
KontrakRM 1,200.00Maklumat Lanjut

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

  1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
  2. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

CARA MEMOHON, ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh dimuat turun melalui Laman Web MUIP (http://www.muip.gov.my/.)
  2. Semua permohonan hendaklah menyertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN mengikut kelayakan yang disyaratkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 7 OGOS 2020

CATATAN AM

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya.