DAKWAH MUALLAF

Antara program yang dijalankan adalah :

  • Menjalankan aktiviti dakwah kepada saudara baharu.
  • Mengagihkan bantuan berterusan kepada saudara baharu, contohnya bantuan berupa kewangan, bantuan tahunan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sagu hati memeluk Islam, baik pulih rumah, bina baru dan bantuan pendidikan.
  • Mengadakan Program Ziarah Dakwah dan Pemantapan Akidah kepada saudara baharu dan orang bukan Islam.
  • Mengadakan program berterusan kepada saudara baharu seperti kursus pemantapan akidah, kursus-kursus perkahwinan dan kursus pengurusan jenazah.
  • Mengadakan kursus pemantapan berterusan kepada Dai-dai dan pembantu-pembantu penggerak.
  • Mengadakan kursus kepada belia-belia dan pelajar-pelajar daripada kalangan saudara baharu.
  • Menguruskan kelas-kelas bimbingan kepada saudara baharu daripada kalangan saudara baharu selain Asli di seluruh daerah negeri Pahang.
  • Menguruskan pendaftaran dan penyelenggaraan masjid, surau serta tanah kubur orang Asli.
  • Menguruskan program/kelas briged dakwah di perkampungan orang Asli negeri Pahang.
  • Menguruskan permohonan sumbangan kewangan bagi program keagamaan, pengurusan jenazah dan seminar dengan agensi-agensi kerajaan serta NGO.

Antara Program dan Bantuan :

PROGRAM PEMANTAPAN ZIARAH DAKWAH DAN PEMANTAPAN AKIDAH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

Pelaksanaan program ini bertujuan memperkenalkan serta memberi pengenalan dan penerangan berkenaan dengan agama Islam serta menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat orang Asli. Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara penduduk dan penganjur dengan mengadakan aktiviti ziarah rumah ke rumah, sukaneka, tahsin ibadah, pemutihan pendaftaran kad pengenalan serta syahadah saudara-saudara baharu di negeri Pahang.

BANTUAN TAHUNAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Penyediaan bantuan ini bertujuan membantu saudara-saudara baharu dan saudara-saudara muslim dari segi kewangan dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Bantuan ini diberikan menjelang bulan Ramadan pada setiap tahun yang dibahagikan kepada 4 kategori; Muallaf Orang Asli, Fakir Miskin Saudara Muslim Orang Asli, Fakir Miskin Saudara Muslim Selain Orang Asli dan Muallaf Selain Orang Asli.

PROGRAM TAJAAN JEMAAH UMRAH

Program Tajaan Umrah dilaksnakan pada setiap tahun kepada mana-mana Penggerak Masyarakat Orang Asli yang terpilih, Pembantu Penggerak JAKIM, pegawai pegawai pengiring dari Jabatan Agama Islam Pahang serta Pegawai pegawai pengiring JAKOA. Tujuan program ini adalah untuk memberi semangat kepada para peserta yang terlibat dalam menjalankan aktiviti dakwah di negeri Pahang.

BANTUAN BAIK PULIH/BINA BARU RUMAH BAGI MUALLAF ORANG ASLI

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Bahagian Zakat, Unit Pembangunan Asnaf setiap tahunan menerima permohonan baik pulih rumah dan juga permohonan bina baru rumah. Permohonan baik pulih rumah dan juga bina baru rumah adalah melalui Borang Bantuan MUIP (BBM pin-18).

PERUNTUKAN GURU BRIGED DAKWAH MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI PAHANG

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Bahagian Zakat, Unit Dakwah dan Muallaf memperuntukkan setiap tahun kepada Guru Briged Dakwah seramai 146 orang elaun kepada guru-guru yang mengajar di perkampungan orang Asli di dalam negeri Pahang.

MASJID/SURAU KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI KAMPUNG ORANG ASLI

Memudahkan masyarakat orang Asli menunaikan kewajipan besolat Jumaat, justeru itu beberapa buah masjid/surau di Kampung Orang Asli (KOA) yang terpilih diberi kebenaran solat Jumaat. Pegawai masjid/surau iaitu imam, bilal dan siak terdiri daripada kalangan penduduk setempat. Permohonan daripada penduduk kampung diluluskan setelah menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Jumlah masjid/surau kebenaran Jumaat akan ditambahkan dari masa ke masa berikutan semakin bertambah umat Islam di KOA. Dengan adanya kemudahan ini akan memantapkan lagi syiar Islam di KOA.

Berikut adalah senarai masjid/surau kebenaran Jumaat :-

Bil.Nama Masjid / SurauTahun
1.Masjid KOA Pasal, Bera1998
2.Masjid KOA Kuala Boh, Cameron Highlands2007
3.Surau KOA Bukit Serok, Muadzam Shah2008
4.Surau KOA Pantos, Lipis2012
5.Surau KOA Sg. Jin, Sg. Lembing, Kuantan2017
6.Surau KOA Penderas, Temerloh2018
7.Surau KOA RPS Runchang, Pekan2018
8.Surau KOA Leryar, Cameron Highlands2018
9.Surau KOA Buluh Nipis, Muadzam Shah2018
10.Surau KOA Sungai Ruil, Cameron Highlands2019

MASJID, SURAU DAN AL-QURAN

Unit Pengurusan Masjid, Surau dan Al-Quran berperanan bagi mengawal selia hal ehwal berhubung masjid dan surau di negeri Pahang. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan perkara-perkara berikut:-

Mengurus pelantikan, pentauliahan, pelucutan/penamatan/penggantungan ahli jawatankuasa masjid dan pegawai masjid (imam, bilal dan siak).

Mengurus pelantikan, bayaran elaun, semakan laporan bulanan dan penyediaan penyata bayaran bagi program Guru Hafiz Al-Quran Masjid, Guru Briged Penceramah Masjid dan Pengajian Kitab Turath.

Mengurus permohonan membina, meroboh, mendaftar dan menaik taraf masjid dan surau.

Mengurus permohonan aktiviti/ latihan/ seminar pegawai dan jawatankuasa masjid.

Mengurus permohonan penyelenggaraan masjid, surau dan tanah kubur dalam negeri Pahang.

Mengurus permohonan kebenaran mendirikan solat Jumaat.

Menyimpan data dan rekod pengurusan pentadbiran masjid serta surau dan pegawai-pegawai masjid.

Menjadi urus setia dan menyedia kertas Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Negeri Pahang.

Mengurus penyediaan dan pengagihan Takwim Tahunan dan Imsakiah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Mengurus penyediaan penyata bayaran Bantuan Am Ramadan Masjid dan Surau serta pembayaran elaun bilal dan siak.

Mengurus aduan berkaitan masjid dan surau.

Antara Bantuan :