PENGENALAN TADIKA PINTAR AL-QURAN

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menerusi Unit Pendidikan bertanggungjawab dalam pengurusan 16 buah Tadika Pintar Al-Quran MUIP bagi memberi pendidikan yang eksklusif di peringkat prasekolah dengan mengutamakan Pendidikan Islam serta penekanan bacaan Iqra’ dan al-Quran sebagai teras utama pendidikan. Dengan hasrat dapat melahirkan generasi yang celik al-Quran serta menguasai asas agama serta mata pelajaran akademik yang lain sebelum ke alam persekolahan sebenar.

Silibus

Menggunakan dwi silibus daripada Yayasan Islam Terengganu dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaaan (KSPK) ke arah melahirkan murid yang cemerlang akademik dengan memberi penekanan khusus kepada bacaan Iqra’, al-Quran serta asas fardhu ain. Di antara mata pelajaran yang diajar adalah Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Murid-murid juga adalah dilatih dengan amali dan praktikal ibadah wajib seperti solat, fardhu ain, hafalan surah pilihan, hafalan doa-doa harian dan sebagainya.

PAKEJ
WAKTU
A
8.00 Pagi – 12.30 tengahari
B
8.00 Pagi – 5.00 Petang
C
3.00 Petang – 5.00 Petang

Subsidi

Majlis Ugama Islam Pahang juga memberi subsidi kepada ibu bapa/penjaga yang kurang berkemampuan iaitu tergolong dalam kalangan asnaf berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan.