SKIM BANTUAN ZAKAT

1. Bantuan AM (Sara Hidup dan lain-lain)
2. Bantuan Bulanan
3. Bantuan Tahunan
4. Bantuan Baik Pulih Rumah
5. Bantuan Rawatan Hospital
6. Bantuan AM(Modal & Peralatan)
7. Saguhati Memeluk Islam
8. Sumbangan Tahunan (Muallaf)
9. Saguhati Penghafaz Al-Quran
10. Bantuan Program Keagamaan/Dakwah
11. Bantuan Penyelengaraan Masjid / Surau
12. Bantuan Program Imarah Surau Bulan Ramadhan
13. Bantuan Awal IPT
14. Bantuan Dermasiswa (IPTA,IPTS,Pondok)
15.Bantuan Tambang Belajar
16. Bantuan Program Pendidikan
17. KAKK
18. Pendidikan Pelajar

BANTUAN AM (SARA HIDUP DAN LAIN-LAIN)

OBJEKTIF:
1. Membantu meringankan beban kewangan
2. Meburangkan tekanan hidup

Asnaf: Fakir, Miskin, Fisabilillah, Ar-Riqab Dan Gharimin

*Syarat-Syarat;
1. Beragama islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Menepati criteria asnaf yang berkenaan

Kadar Bantuan:
Mengikut keperluan dan pertimbangan MUIP

Cara Bayaran:
1. Bayaran tunai sub akaun cawangan
2. Bayaran ke akaun penerima (EFT)
3. Kaunter bank

Cara Memohon:
Mengisi Borang Bantuan Zakat Majlis (BBM 96)

Muatturun Borang Bantuan Zakat (Klik Sini)

BANTUAN BULANAN

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan pendapatan bagi menampung keperluan sara hidup, diri dan tanggungan
2. Mengurangkan tekanan hidup dan bebanan kewangan asnaf

Asnaf: Fakir Dan Miskin

*Syarat-Syarat:

1. Beragama Islam
2. Rakyat Negeri Pahang atau pemastautin Negeri Pahang
3. Tergolong dalam kriteria asnaf fakir dan miskin
4. Pendapatan kurang daripada had kifayah
5. Tidak mendapat bantuan dari mana-mana agensi atau bantuan yang diterima masih tidak mencukupi
6. Tua/ uzur/ cacat fizikal/ mental/ ada penyakit yang kronik sehingga membataskan kemampuan mencari pendapatan
7. Tiada waris yang boleh membantu
8. Keperluan sara hidup yang berpanjangan dan berterusan.

Tempoh bantuan:
Berdasarkan kelayakan

Cara bayaran:
Bayaran ke akaun penerima (EFT) atau tunai melalui cawangan MUIP

Cara memohon:
Mengisi Borang Bantuan Majlis (BBM 96 pindaan2018) di ibu pejabat MUIP/ MUIP Cawangan Daerah/ website MUIP

Muatturun Borang Bantuan Zakat (Klik Sini)

BANTUAN TAHUNAN HARI RAYA AIDILFITRI

OBJEKTIF:
1. Membantu mengurangkan bebanan persiapan Hari Raya

Asnaf : Fakir Dan Miskin

*Syarat-Syarat:
1. Beragama islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Tergolong dalam kriteria asnaf fakir dan miskin
4. Pendapatan kurang daripada had kifayah
5. Tidak mendapat bantuan dari mana-mana agensi atau bantuan yang diterima masih tidak mencukupi
6. Tua/ uzur/ cacat fizikal/ mental/ ada penyakit yang kronik sehingga membataskan kemampuan mencari pendapatan
7. Tiada waris yang boleh membantu
8. Wanita dan anak-anak yang tiada sumber pendapatan dan hilang tempat bergantung/ teraniaya
9. Bukan daripada senarai muallaf
10 Bukan daripada penerima bantuan bulanan MUIP (senarai amil)

Cara Bayaran:
Bayaran ke akaun penerima (EFT) atau tunai melalui cawangan MUIP

Cara Memohon:
Dicalonkan oleh amil fitrah kawasan kariah pemohon

Semakan Amil

BANTUAN MEMBAIK PULIH RUMAH

OBJEKTIF:
1. Membantu golongan asnaf dari segi kewangan bagi menampung kos membaikpulih kediaman asnaf

Asnaf: Fakir Dan Miskin

*Syarat-Syarat;
1. Beragama islam
2. Rakyat negeri pahang atau pemastautin negeri pahang
3. Tergolong dalam criteria asnaf fakir dan miskin
4. Pemohon tidak berkemampuan untuk membina / membaikpulih rumah
5. Keadaan rumah yang uzur dan perlu dibaiki menurut siasatan pihak MUIP
6. Keadaan rumah yang tidak lagi sesuai untuk tinggal dan itada pilihan tempat tinggal lain melainkan berterusan dalam keadaan tersebut
7. Rumah selain daripada rumah sewa
8. Telah disokong dan dipertimbangkan melalui siasatan MUIP

Kadar Bantuan:
Keperluan dan pertimbangan MUIP

Cara Memohon:
Mengisi Borang Bantuan Zakat Majlis (BBM96)

Cara Bayaran:
Bayaran melalui inden / pesanan kerajaan

Muatturun Borang Bantuan Zakat (Klik Sini)

BANTUAN RAWATAN DAN PERALATAN PERUBATAN HOSPITAL

OBJEKTIF:
1. Membantu meringankan beban kewangan pesakit
2. Memastikan mendapat rawatan yang diperlukan

Asnaf: Fakir Dan Miskin

*Syarat-Syarat;
1. Beragama Islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Permohonan melalui Jabatan Kerja social Hospital (Hospital kerajaan)
4. Laporan/ pengesahan doctor kerajaan / swasta
5. Tidak mendapat bantuan daripada mana-mana agensi atau bantuan diterima tidak mencukupi

Kadar Bantuan:
Mengikut keperluan dan pertimbangan MUIP

Cara Bayaran:
Bayaran dibuat melalui cek secara terus kepada hospital/ klinik-klinik/ pembekal-pembekal barangan perubatan

Cara Memohon:
Mengisi Borang Bantuan Zakat Majlis (BBM 96); atau
Perakuan daripada pihak hospital bagi keperluan rawatan

Muatturun Borang Bantuan Zakat (Klik Sini)

BANTUAN AM (MODAL/ PERALATAN)

OBJEKTIF:
1. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf ekonomi asnaf

Asnaf: Fakir dan Miskin

*Syarat-Syarat;
1. Beragama islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Telah mempunyai perniagaan atau kemahiran sesuai dengan modal peralatan yang dipohon
4. Berminat dan berpotensi untuk menjana pendapatan
5. Menepati kriteria asnaf fakir miskin

Kadar Bantuan:
Mengikut keperluan dan pertimbangan MUIP

Cara Memohon:
Mengisi Borang Zakat Majlis (BBM96)

Cara Bayaran:
Kepada pembekal/ pusat latihan

Muatturun Borang Bantuan Zakat (Klik Sini)

SAGUHATI MEMELUK ISLAM

OBJEKTIF:
1. Meraikan dan menggembirakan saudara baharu
2. Memberikan galakan dan tarikan kepada saudara baharu untuk mendalami islam
3. Memberikan kelengkapan asas dalam urusan beribadah

Asnaf : Muallaf

*Syarat-Syarat:
1. Memeluk islam dan mendaftar di negeri Pahang
2. Berumur 18 tahun keatas
3. Bagi yang berumur dibawah 18 tahun hendaklah mendapat keizinan ibu atau bapa atau penjaga
4. Belum mendaftar islam samada di dalam negeri Pahang atau lain-lain negeri

Cara Bayaran:
Tunai kepada penerima di MUIP cawangan

Cara Momohon:
Melengkapkan borang (Borang Pengislaman) permohonan di MUIP cawangan

SUMBANGAN TAHUNAN HARI AIDILFITRI (MUALLAF)

OBJEKTIF:
1. Membantu mengurangkan bebanan persiapan menjelang aidilfitri
2. Menggembirakan penerima sempena hari raya aidilfitri

Asnaf: Mualaf & Saudara Baharu Muslim

*Syarat-Syarat
A- Muallaf
1. Memeluk Islam dan mendaftar di negeri Pahang
2. Berumur 18 tahun dan keatas
3. Memeluk Islam di luar negeri Pahang dan menetap di negeri Pahang tidak kurang daripada setahun boleh dipertimbangkan
4. Telah membuat pindaan status agama Islam pada kad pengenalan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran pengislaman
5. Masih di dalam had tempoh muallaf selama 7 tahun
6. Tiada sebarang gantian bagi bantuan saguhati hari raya aidilfitri yang tercicir setelah proses kemasukan agihan saguhati hari raya aidilfitri kepada penerima

B- Fakir Dan Miskin Saudara Baharu Muslim
1. Saudara baharu muslim yang melangkau tempoh 7 tahun
2. Tergolong dalam golongan asnaf fakir dan miskin
3. Bukan daripada senarai amil fitrah

Cara Bayaran:
Bayaran tunai melalui cawangan MUIP

Cara Memohon:
Melengkapkan borang permohonan di MUIP cawangan

SAGUHATI PENGHAFAZ AL-QURAN

OBJEKTIF:
1. Menghargai para penghafal al-quran
2. Menggalakkan masyarakat untuk menghafal dan memilih al-quran

Asnaf: Fisabillilah

*Syarat-Syarat:
1. Calon adalah dari rakyat negeri Pahang dan menetap di negeri Pahang
2. Pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 7 tahun
3. Sekurang-kurangnya menghafal 5 juzu’ (bermula juzu’ satu) dan keatas
4. Rakyat atau pemastautin negeri Pahang yang belajar atau bekerja di luar negeri Pahang adalah tidak layak memohon
5. Kategori juzu’ 1-5 hanya layak sekali sahaja dan hendaklah ada peningkatan bilangan juzu’ pada permohonan berikutnya

Cara Pembayaran:
Secara terus kepada akaun penerima

Cara Memohon:
Permohonan melalui online Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)

BANTUAN PROGRAM KEAGAMAAN / DAKWAH

OBJEKTIF:
1. Menggalakkan aktiviti keagamaan / ilmiah
2. Meningkatkan pengetahuan Agama Islam

Asnaf: Muallaf Dan Fi Sabillilah

*Syarat-Syarat:
1. Permohonan dari sekolah/ institusi pengajian tinggi/ persatuan hendaklah mendapat pengesahan dari pihak berkenaan atau melalui email pihak berwajib seperti pengetua atau ketua jabatan atau dekan dan lain-lain
2. Program-program yang memberi faedah kepada umat Islam dalam perkara kefahaman agama
3. Mengemukakan kertas kerja beserta anggaran perbelanjaan dan nombor akaun agensi/ institusi

Cara Bayaran:
Bayaran secara terus ke akaun

Cara Memohon:
Mengemukakan surat permohonan bersama kertas kerja dan maklumat akaun

BANTUAN PENYELENGGARAAN MASJID / SURAU

OBJEKTIF:
1. Memberi kemudahan dan keselesaan tempat untuk beribadah

Asnaf: Fi Sabillilah

*Syarat-Syarat:
1. Permohonan oleh pengerusi jawatankuasa masjid/ surau
2. Masjid dan surau mestilah berdaftar dengan MUIP
3. Tanah mestilah berstatus rizab / wakaf
4. Menyediakan kos anggaran, gambar, salinan buku akaun dan reka bentuk yang disahkan jabatan teknikal/ jkr/ sebut harga
5. Mendapat sokongan pegawai MUIP cawangan
6. Permohonan adalah untuk keperluan asas tempat beribadah sahaja

Cara Bayaran :
Bayaran terus kepada kontraktor/ pembekal yang dilantik

Cara Memohon :
Mengisi Borang Penyelenggaraan Masjid Dan Surau di MUIP Cawangan Daerah

BANTUAN PROGRAM IMARAH SURAU BULAN RAMADHAN

OBJEKTIF:
1. Membantu perbelanjaan program imarah surau pada bulan ramadhan
2. Menggalakkan masyarakat menjalankan ibadah pada bulan ramadhan di surau

Asnaf: Fi Sabilillah

*Syarat-Syarat:
1. Surau yang berdaftar dengan majlis ugama islam dan adat resam melayu Pahang
2. Surau hendaklah memiliki akaun sendiri dan bukan di atas nama individu
3. Surau institusi dengan sokongan atau perakuan ketua jabatan

Cara Bayaran:
Bayaran terus ke akaun

Cara Memohon:
Mengemukakan surat permohonan beserta kertas kerja, nama dan nombor akaun surau

BANTUAN AWAL KE IPT

OBJEKTIF:
1. Meringankan beban kewangan
2. Menggalakkan untuk meningkatkan tahap pendidikan

Asnaf: Fakir Miskin Dan Fi Sabillilah

*Syarat-Syarat:
1. Beragama islam
2. Pemohon adalah pemastautin negeri Pahang
3. Permohonan boleh dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT
4. Bagi setiap peringkat pengajian permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian
5. Tidak pernah mendapat bantuan yang sama daripada MUIP
6. Telah mendapat tawaran ke IPT bagi peringkat pengajian seperti berikut sahaja:

Diploma Sepenuh Masa – Semua bidang
Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa – Semua bidang
Ijazah Sarjana Muda Tidak Sepenuh Masa / PJJ – Semua bidang
Ijazah Sarjana (Master) Sepenuh Masa Dan Tidak Sepenuh Masa / PJJ – Semua bidang
Phd Sepenuh Masa Dan Tidak Sepenuh Masa / PJJ – Semua bidang


Cara Memohon:
Bantuan awal ke IPT melalui Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)

BANTUAN DERMASISWA (IPTA/IPTS/PONDOK)

OBJEKTIF:
1. Membantu pembiayaan pendidikan pelajar
2. Sebagai kemudahan dan galakan

Asnaf: Fi Sabilillah

*Syarat-Syarat:
1. Beragama islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Berumur tidak kurang daripada 13 tahun
4. Dilahirkan / bermastautin dalam negeri Pahang
5. Sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok atau diploma atau sarjana muda (sepenuh masa)
6. Telah lulus keputusan peperiksaan tahun / semester terkini

*Syarat-Syarat Tambahan Bagi Pelajar Pondok:
1. Umur pemohon mulai 13 tahun hingga 25 tahun sahaja
2. Pusat pengajian atau pondok yang berdaftar dengan jabatan / majlis ugama islam negeri sahaja
3. Jumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 kali sahaja

Cara Memohon:
Permohonan secara atas talian Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)

BANTUAN TAMBANG BELAJAR

OBJEKTIF:
Membantu perbelajaan tambang bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara

Asnaf: Ibnu Sabil

*Syarat-Syarat:
1. Beragama Islam
2. Rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang
3. Sarjana Muda dalam bidang pengajian islam dan perubatan sahaja
4. Hanya kepada Negara-negara berikut:-
Mesir
Sudan
Morocco
Afrika
Jordan
Yaman
Syria
Indonesia


*Syarat-Syarat Tuntutan Tambang PERGI-
1. Tuntutan perjalanan hendaklah mengemukakan tiket asal pelajar
2. Hendaklah mengemukakan surat tawaran pengajian
3. Tuntutan hendaklah tidak melebihi dua tahun selepas pendaftaran pengajian
4. Tidak disenaraikan di dalam senarai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

*Syarat-Syarat Tuntutan Tambang BALIK-
1. Tuntutan perjalanan hendaklah mengemukakan tiket asal pelajar
2. Hendaklah mengemukakan keputusan akhir dan perakuan tamat belajar / sijil tamat belajar
3. Tuntutan hendaklah tidak melebihi dua tahun selepas tamat pengajian

Cara Memohon:
Permohonan secara atas talian Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)

BANTUAN PROGRAM PENDIDIKAN

OBJEKTIF:
1. Menggalakkan aktiviti keagamaan/ ilmiah
2. Meningkatkan pengetahuan Agama Islam

Asnaf: Fi Sabilillah

*Syarat-Syarat:
1. Permohonan dari sekolah/ institusi pengajian tinggi / persatuan pelajar hendaklah mendapat pengesahan dari pihak berkenaan atau melalui pihak berwajib seperti pengetua atau ketua jabatan atau dekan dan lain-lain
2. Program-program dalam perkara kefahaman agama dan pembangunan pendidikan
3. Mengemukakan kertas kerja beserta anggaran perbelanjaan dan no akaun jabatan/ agensi/ institusi

Cara Memohon:
Mengemukakan surat permohonan bersama kertas kerja dan nama akaun serta nombor akaun

BANTUAN KELAS AL-QURAN KANAK-KANAK (KAKK)

Objektif:
1. Meningkatkan mutu pendidikan agama sekolah
2. Mengurangkan bebanan kos pengurusan dan pembiayaan guru

Asnaf: Fi sabilillah

*Syarat-Syarat:
1. Telah berdaftar dengan Masjlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP).

2. Syarat untuk berdaftar dengan MUIP seperti berikut:
i) KAKK telah beroperasi lebih daripada 1 tahun
ii) KAKK dikelolakan oleh Jawatankuasa yang sah yang dilantik melalui Mesyuarat Jemaah Pengurusan Sekolah berkenaan
iii) KAKK hendaklah diadakan di salah satu daripada tempat-tempat berikut:

a) masjid; atau
b) surau;atau
c) Bangunan sekolah; atau
d) Bangunan Khas


iv) KAKK hendaklah sama sekali tidak boleh diadakan di rumah atau bangunan kedai samada milikan sendiri atau disewa dan sebagainya.
v) KAKK bukan untuk tujuan perniagaan
*bagi maksud ini KAKK tidak boleh didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kategori pelajar
vi) KAKK adalah dari Sekolah Rendah (berumur dalam lingkungan 7-12 tahun sahaja)
vii) Mempunyai pelajar sekurang-kurangnya 20 orang
viii) Waktu pembelajaran adalah waktu bekerja/pejabat
ix) Masa belajar sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit bagi setiap sesi
x) Jumlah hari KAKK ialah 5 hari seminggu bermula Isnin hingga Jumaat.


Cara Bayaran
Bayaran ke akaun guru

Cara Memohon
Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik Sini)

BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR SEK. MEN (A) NEGERI (SMAN) & SEK. MEN (A) MAJLIS (SMUM)

Objektif:
1. Membantu pembiayaan pendidikan pelajar
2. Menampung perbelanjaan pelajar dan ibu bapa

Asnaf: Fi Sabilillah

*Syarat-Syarat:
1. Hendaklah berdaftar sebagai pelajar Sek. Men Agama Negeri (SMAN) dan Sek.Men Agama Majlis (SMUM)
2. Senarai pelajar daripada Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) dan Pihak Sekolah (SMUM).

Cara Bayaran:
Tunai kepada pelajar

Cara Memohon:
Senarai yang dikemukakan oleh JAIP dan SMUM