FAKIR MISKIN
Bantuan Bulanan
Bantuan Bulanan MUIP diberikan kepada pemohon dengan kadar antara RM200 hingga RM600 sebulan. Bantuan ini adalah untuk menampung keperluan asas mereka yang memerlukan seperti kos makan, minum, penginapan, pendidikan anak juga perubatan bagi mereka yang benar-benar layak.
Bantuan Baucer Barangan Makanan (E-Purse)
Penerima bantuan akan menerima Baucar Barangan Bulanan berjumlah RM200 sebulan dan penebusan baucar boleh dibuat di mana-mana Pasaraya DarulMakmur (PDM) seluruh Pahang. Baucer barangan adalah secara elektronik.
Bantuan Am Sara Hidup / Perubatan / Pendidikan
Bantuan ini diberikan secara “one off” bagi menampung kos sara hidup, kos rawatan/perubatan hospital, dan pendidikan anak bagi asnaf fakir dan miskin. Permohonan boleh dibuat melalui MUIP Cawangan di daerah dengan mengisi Borang Bantuan Majlis (BBM).
Bantuan Tahunan Menyambut Aidilfitri
Bantuan ini diberikan khusus ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri. Diberikan setiap tahun kepada asnaf fakir dan miskin. Penerima adalah terdiri daripada individu yang dikenal pasti miskin / fakir oleh Amil yang dilantik oleh Majlis. Bantuan ini diberikan kepada ketua keluarga dan mengambil kira jumlah tanggunggan tanggungan yang berumur 18 tahun dan ke bawah
Tauliah Amil
Unit ini juga menguruskan pelantikan Amil Zakat Fitrah bagi negeri Pahang. Pada tahun 2020, seramai 925 orang amil telah diberi tauliah untuk membantu Majlis membuat kutipan Zakat Fitrah dan mengenal pasti asnaf fakir miskin di kawasan masing-masing.
Selain itu, unit ini bertanggungjawab menguruskan peletakan /pelucutan amil, pembayaran khairat kepada amil yang layak, merekod maklumat amil dalam sistem serta mengadakan kursus / taklimat yang sesuai kepada para amil.