PUSAT KOMUNITI ASNAF MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG BUKIT KENAU

Pusat Komuniti Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Bukit Kenau adalah pusat penempatan di bawah seliaan MUIP. Pihak MUIP diberi taraf pemilikan tanah kawasan perumahan sepenuhnya pada tahun 2015 manakala kawasan projek ekonomi telah dirizabkan melalui warta Kerajaan.

Pusat komuniti ini telah dibangunkan di atas sebidang tanah berkeluasan 10.493 ekar dan sebanyak 80 buah rumah dibangunkan berserta fasiliti lain seperti Dewan, Bilik Latihan, Taman Permainan dan juga 3 unit Gerai.

Pembinaan pusat komuniti ini bertujuan menempatkan golongan asnaf. Pencalonan adalah berdasarkan senarai daripada JKKK dan senarai orang miskin daripada e-kasih dan MUIP. Seterusnya pemilihan ini adalah dijalankan dengan kerjasama MUIP, Affin Islamic Bank dan JKKK setempat.

Mesyuarat Jawatankuasa Kaji Semula Program Zakat dan Baitulmal yang telah bermesyuarat pada 30 Oktober 2015 telah bersetuju untuk mewujudkan satu Jawatankuasa bagi menyelia urusan berkaitan dengan Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis, Pekan.

Alamat : Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau,
(Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang)
Tanjung Pulai, Pulau Manis,26640,Pekan,Pahang

Nombor Telefon : 019-7151885