PENDIDIKAN

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bertanggungjawab dalam pengurusan 16 buah Tadika Pintar Al-Quran MUIP bagi memberi pendidikan yang eksklusif di peringkat prasekolah dengan mengutamakan Pendidikan Islam serta penekanan bacaan Iqra’ dan al-Quran sebagai teras utama pendidikan. Dengan hasrat dapat melahirkan generasi yang celik al-Quran serta menguasai asas agama serta mata pelajaran akademik yang lain sebelum ke alam persekolahan sebenar.

Bagi memastikan asnaf zakat ini mendapat pembelaan dan bantuan, melalui unit ini telah menyediakan beberapa bantuan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan, kecemerlangan dan juga melahirkan insan yang berilmu, bertaqwa dan berketerampilan.

Antara bantuan yang disediakan:-

  1. Bantuan Am Pendidikan
  2. Biasiswa Tajaan MUIP
  3. Bantuan Dermasiswa
  4. Bantuan Awal ke IPT
  5. Bantuan Tambang Pelajar Ke Luar Negara
  6. Bantuan Sagu Hati Guru Al-Quran Asrama
  7. Bantuan Sagu Hati Guru Kelas Al-Quran Kanak-Kanak (KAKK)
  8. Bantuan Penyelenggaraan (KAKK)
  9. Bantuan Elaun Guru Bahasa Arab / Bahasa Inggeris
  10. Bantuan Program Kecemerlangan / Keagamaan