гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

Soalan Lazim

Cetak

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI DERMASISWA MUIP

Bagaimanakah cara untuk memohon Dermasiswa?

Pemohonan dermasiswa hendaklah dibuat secara atas talian di Zakat4Pengajian(Klik Sini)

Siapakah yang layak untuk memohon Dermasiswa?

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di pusat pengajian pondok, IPTA/S dalam dan Luar Negara.

Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk memohon Dermasiswa?

Antara syarat-syarat yang perlu ada ialah :-

a)      Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.

b)      Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR,

c)      Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau  Sarjana  Muda, dan

d)      Lulus peperiksaan tahun/semester pertama.

Bilakah tarikh permohonan e-Dermasiswa on-line ini akan dibuka dan tarikh tutup permohonan tersebut?

Permohonan ini akan dibuka pada setiap 01hb Januari tiap-tiap tahun dan akan ditutup pada bulan Mei. Setiap pemohon hendaklah menghantar kesemua dokumen yang dikehendaki ke Pentadbiran ini selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan.

Apakah dokumen yang mesti disertakan semasa menghantar borang pengesahan?

Pemohon hendaklah menghantar dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut :-

a)     Borang pengesahan yang telah lengkap,

b)     Salinan kad pengenalan,

c)      Salinan keputusan peperiksaan yang terkini.

Berapakah jumlah bantuan yang akan diluluskan kepada setiap pelajar?

Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Dermasiswa yang akan diadakan setiap tahun.

Bilakah keputusan dermasiswa akan diumumkan?

Untuk makluman semua pemohon, keputusan ini  tidak akan diumumkan melainkan pemohon yang akan menghubungi MUIP untuk mengetahui keputusan tersebut. Kebiasaannya keputusan ini akan dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa dermasiswa.

 

Apakah kursus pengajian yang layak untuk memohon dermasiswa?

Dermasiswa akan diberikan kepada semua bidang pengajian di peringkat pondok, diploma dan sarjana muda dalam semua bidang.

Saya telah menghantar ke semua dokumen ke Pentadbiran MUIP pada awal bulan Mac. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada permohonan saya itu telah diterima dan adakah ianya lengkap?

Status permohonan boleh disemak melalui Zakat4Pengajian(Klik Sini) dengan memasukkan semula kata laluan yang sama seperti pendaftaran dermasiswa.

 

Saya sedang belajar di salah sebuah IPTA di Luar Negara dan telah mendapat pinjaman daripada Yayasan Pahang. Adakah saya layak untuk memohon Dermasiswa MUIP?

Anda layak memohon dan semua permohonan Dermasiswa akan dibawa ke mesyuarat untuk dipertimbangkan. Pada kebiasaannya MUIP tetap akan memberi bantuan kepada pemohon yang mempunya pinjaman atau tajaan daripada mana-mana pihak. Walaubagaimanapun ia tetap bergantung kepada keputusan dermasiswa setiap tahun.

 

Saya telah menerima bantuan dermasiswa pada tahun lepas. Adakah saya layak untuk memohon bagi tahun yang berikutnya?

Semua pelajar boleh memohon dermasiswa sepanjang tahun pengajian di IPT. Akan tetapi mestilah mengikut semua  syarat yang telah ditetapkan oleh MUIP.

Saya seorang pelajar di IPTA dan masih lagi di semester yang pertama. Adakah saya layak memohon bantuan dermasiswa ini?

Tidak Layak. Bagi pelajar baru mendaftarkan diti ke IPTA/S dan boleh memohon Bantuan Awal IPT melalui zakat4pengajian.

Agihan Zakat Januari Sehingga September 2017 berjumlah:

RM 119.9 JUTA