Cetak

SAHAM WAKAF PAHANG

 
    Saham Wakaf Pahang (SWP) adalah satu skim yang dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 1 Ramadhan 1419H bersamaan 20 Disember 1998 merupakan Saham Wakaf keempat yang dilancarkan di Malaysia. Beroperasi berpandukan kepada Kaedah-Kaedah Saham Wakaf 1998.

 
    Saham Wakaf Pahang adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai dengan cara membeli unit-unit Saham Wakaf yang ditawarkan dan mewakafkan saham-saham tersebut kepada Majlis sebagai pemegang amanah. Nilaian satu unit saham yang ditawarkan ialah Rm10.00 seunit. Pewakaf tidak mendapat apa-apa dividen atau keuntungan daripada pembelian ini kerana ianya bersifat wakaf.    

 
    Unit Saham Wakaf beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 1999 di Masjid Negeri Kuantan. Perjalanan operasi unit dikawalselia oleh satu      Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tabung Amanah Saham Wakaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Setelah berpindah dari masjid Negeri, Pejabat Saham Wakaf Pahang beroperasi di No. 115, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, Kuantan.

 


KONSEP SAHAM WAKAF

 
    Saham wakaf adalah satu Skim yang menggalakkan orang ramai membeli unit-unit saham dan mewakafkan sijil-sijil tersebut untuk selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan umat Islam. Sesiapa sahaja yang beragama Islam boleh membeli saham ini.

 
    Satu tabung telah diwujudkan bagi tujuan ini dan sumbangan derma tabung ini boleh diterima dari orng bukan Islam. Skim Saham Wakaf ini, memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta. Unit-Unit saham yang terkumpul akan disatukan dijadikan modal untuk membeli harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya. Harga seunit Saham Wakaf ialah RM10.00 dan tiada had pembeliannya.

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.