гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака
Cetak

 

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis  pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.

           

Pada 8 Mei 1974, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayattudin Al-Muadzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang. Selaku Ketua Agama Negeri Pahang, Baginda telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis. Namun begitu, mulai 1 November 1984, Baginda Sultan telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis dan kekal menerajui Majlis sehingga hari in

 

Namun begitu, diatas rasa keprihatinan, KDYMM Sultan Pahang berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 4.35 ekar untuk pembinaan sebuah kompleks pentadbiran Majlis. Pada 21 Oktober 2002, KDYMM Sultan Pahang berkenan menyempurnakan upacara pecah tanah menandakan bermulanya pembinaan kompleks ini. Pembinaan kompleks ini sebagai Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menelan kos keseluruhan berjumlah RM13.85 juta, sebanyak RM6 juta disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala kos selebihnya ditanggung oleh Majlis sendiri.

 

Pada 5 Julai 2006 satu upacara Majlis Serahan Bangunan Kompleks Majlis di Jalan Istana Permai Pekan oleh Pengarah JKR Negeri Pahang YH. Dato’ Rosman bin Yahya kepada YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis telah diadakan di Dewan Teater Majlis. Bermula dari tarikh tersebut, operasi pentadbiran Majlis berpindah dari Pejabat KDYMM Sultan Pahang ke bangunan kompleksnya sendiri.

           

            Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah merasmikan kompleks ini pada tanggal 21 Jun 2007 dan berkenan menamakannya sebagai Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah.


 

 

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga September 2017 berjumlah:

RM 119.9 JUTA