Jejak Asnaf
Ditulis Oleh Web Master   
Tuesday, 20 January 2009

CAKNA ASNAF  

ASNAF ZAKAT
 

Skop agihan zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh syara'.

Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

 

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


 Ada 8 asnaf zakat iaitu: Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharim, Fisabillilah dan Ibnu Sabil.
       
Mungkin masih terdapat individu bertaraf asnaf yang masih belum mendapat atau menerima bantuan zakat di kawasan anda. Kami amat memerlukan bantuan anda untuk memaklumkan kepada kami berhubung perkara tersebut.Sila sertakan nama, tempat tinggal dan kawasan asnaf tersebut berada supaya kami dapat menjalankan siasatan dan membantu mereka.

Sila maklumkan kepada kami melalui : 
Kakitangan MUIP di Pejabat Agama Islam Daerah ( PAID ) Di Seluruh Negeri Pahang;
Amil, Pegawai & AJK Masjid Kariah Masing – Masing;
Ibu Pejabat MUIP di Pekan

Email – Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya   

“ CAKNA ANDA AMAT KAMI HARGAI ”

Pemutakhiran Terakhir ( Thursday, 16 April 2009 )