|
Program Khairul Ummah MUIP Bulan Februari terus Mendapat Sambutan |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 29 February 2012 |
|
PEKAN. 17 Februari 2012M bersamaan 24 Rabi’ul Awwal 1433H, Program Khairul Ummah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
bagi bulan Februari 2012 yang dilaksanakan di Dewan Utama MUIP bermula 9.00 malam terus mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih daripada 800 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program yang diadakan kali ini berbetuk forum dan disesuaikan dengan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H bertajuk: “RASULULLAH SAW; Syafa’atkan Kami” telah dijayakan oleh dua orang panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Rujhan Bin Mohamad Razali (Perunding Motivasi) dan Al-Fadhil Ustaz Norhamizi Bin Jamaluddin (Jabatan Agama Islam Pahang) serta dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Saikhan Bin Mokhtar (Jabatan Agama Islam Pahang). Program kali ini menekankan mengenai kepentingan menjadikan Rasulullah SAW sebagai “Qudwah” dalam segenap aspek kehidupan dan “Kewajipan Mencintai Baginda SAW”. Berdasarkan maklum balas positif dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat, program Khairul Ummah ini akan terus dilaksanakan bagi penyebaran serta penyampaian ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Disediakan Oleh MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM Pegawai Tadbir Masjid Dan Surau Majlis Ugama Islam Dan Adat ResamMelayu Pahang.
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 29 February 2012 )
|