|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Sunday, 16 March 2008 |
Mengawasi perjalanan mengenai zakat dan baitulmal, menyiasat dan memberi laporan kepada Timbalan Yang Dipertua mengenai pendapatan-pendapatan padi yang layak dikeluarkan zakat juga pendapatan bagi baitulmal. Menguruskan tanah-tanah wakaf untuk digezet. Menyiasat dan memberi laporan kepada Timbalan Yang Dipertua akan orang-orang yang ingkar mengeluarkan zakat termasuk zakat padi dan fitrah serta mengambil tindakan mengikut undang-undang seperti yang diarahkan. Menyimpan daftar Amil-amil, rekod-rekod masjid, pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa surau-surau, tanah-tanah wakaf, baitulmal, muallaf dan lain-lain. Menguruskan ketetapan harga fitrah dan menguruskan percetakan resit-resit fitrah, poster-poster dan lain-lain. Memeriksa kira-kira kutipan zakat, fitrah dan lain-lain di Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah. Menguruskan perbicaraan-perbicaraan yang berkaitan dengan kes Mal (Faraid) dan Baitulmal Majlis. Mengelolakan kursus Amil-amil, Pegawai-pegawai masjid dan lain-lain. Meluluskan pelaksaan kelulusan mendirikan Sembahyang Jumaat (sementara) Menguruskan kutipan sewa kedai-kedai Majlis Ugama Islam Pahang dan menyelenggarakan keperluan yang berhubungkait dengannya. Menguruskan pengeluaran tauliah-tauliah masjid, guru-guru agama sukarela dan Jawatankuasa masjid.
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Tuesday, 09 June 2009 )
|