Thursday, 20 June 2013
  Utama
 
Imbasan Berita
PEKAN. 17 Februari 2012M bersamaan 24 Rabi’ul Awwal 1433H, Program Khairul Ummah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
Selengkapnya...
 
Kandungan Utama
Utama
Perutusan
Latarbelakang
Zakat
Fakir & Miskin
Muallaf/ Dakwah
Masjid/Surau
Pendidikan
Jejak Asnaf
Enakmen/ Perundangan
Unit & Kakitangan
Muat Turun Dokumen
Renungan/Tazkirah
Peta Laman
Carian
Hubungi MUIP
e-simaz
e-kedatangan
e-hartanah
Capaian Dalaman
Info Agihan
Waktu Solat (Pahang)
Pautan





Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini468
mod_vvisit_counterSemalam598
mod_vvisit_counterMinggu Ini2211
mod_vvisit_counterBulan Ini10780
mod_vvisit_counterSemua927678

 
Advertisement
Soalan Lazim Cetak E-mail
Ditulis Oleh Web Master   
Tuesday, 15 November 2011
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI E-DERMASISWA MUIP

 

Bagaimanakah cara untuk memohon e-Dermasiswa?

Pemohonan e-dermasiswa hendaklah dibuat secara on-line di Portal MUIP iaitu www.muip.gov.my

 

Siapakah yang layak untuk memohon e-Dermasiswa?

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di pusat pengajian pondok, IPTA/S dalam dan Luar Negara (TIMUR TENGAH) sahaja.

 

Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk memohon e-Dermasiswa?

Antara syarat-syarat yang perlu ada ialah :-

a)       Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.

b)      Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR,

c)      Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau  Sarjana  Muda. Dan

d)      Lulus peperiksaan tahun/semester pertama.

 

Bilakah tarikh permohonan e-Dermasiswa on-line ini akan dibuka dan tarikh tutup permohonan tersebut?

Permohonan ini akan dibuka pada setiap 01hb Januari tiap-tiap tahun dan akan ditutup pada bulan Mei. Setiap pemohon hendaklah menghantar kesemua dokumen yang dikehendaki ke Pentadbiran ini selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan.

Apakah dokumen yang mesti disertakan semasa menghantar borang pengesahan?

Pemohon hendaklah menghantar dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut :-

a)     Borang pengesahan yang telah ditandatangani oleh Bahagian Hal ehwal Pelajar,

b)       Salinan kad pengenalan,

c)       Salinan Sijil Kelahiran,

d)       Salinan keputusan peperiksaan yang terkini, dan

e)       Surat pengesahan pemastautin dari Ketua Kampung / Pejabat Penghulu bagi yang lahir di Luar Pahang Sahaja.
 

Berapakah jumlah bantuan yang akan diluluskan kepada setiap pelajar?

Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Dermasiswa yang akan diadakan setiap tahun.

 

Bilakah keputusan dermasiswa akan diumumkan?

Untuk makluman semua pemohon, keputusan ini  tidak akan diumumkan melainkan pemohon yang akan menghubungi MUIP untuk mengetahui keputusan tersebut. Kebiasaannya keputusan ini akan dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa dermasiswa.

 

Apakah kursus pengajian yang layak untuk memohon dermasiswa?

Dermasiswa akan diberikan kepada semua bidang pengajian di peringkat diploma,  ijazah, dan pasca ijazah yang diiktiraf di MUIP.

 

Saya telah menghantar ke semua dokumen ke Pentadbiran MUIP pada awal bulan Mac. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada permohonan saya itu telah diterima dan adakah ianya lengkap?

Status permohonan boleh disemak melalui portal MUIP dengan memasukkan semula kata laluan yang sama seperti pendaftaran dermasiswa.

 

Saya sedang belajar di salah sebuah IPTA di Luar Negara dan telah mendapat pinjaman daripada Yayasan Pahang. Adakah saya layak untuk memohon Dermasiswa MUIP?

Anda layak memohon dan semua permohonan Dermasiswa akan dibawa ke mesyuarat untuk dipertimbangkan. Pada kebiasaannya MUIP tetap akan memberi bantuan kepada pemohon yang mempunya pinjaman atau tajaan daripada mana-mana pihak. Walaubagaimanapun ia tetap bergantung kepada keputusan dermasiswa setiap tahun.

 

Saya telah menerima bantuan dermasiswa pada tahun lepas. Adakah saya layak untuk memohon bagi tahun yang berikutnya?

Semua pelajar boleh memohon dermasiswa sepanjang tahun pengajian di IPT. Akan tetapi mestilah mengikut semua  syarat yang telah ditetapkan oleh MUIP.

 

Bagaimanakah cara pembayaran e-dermasiswa akan dibuat?

Pembayaran akan dibuat melalui cek di atas nama pemohon itu sendiri. Cek tersebut akan diposkan ke alamat surat-menyurat yang dibuat semasa permohonan.

 

Saya sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Jika saya layak menerima dermasiswa, adakah cek tersebut boleh ditukarkan ke atas nama penjaga atau wakil saya?

Tidak, kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.

 

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya cek bentuan tersebut tidak sampai ke alamat rumah saya?

Pemohon hendaklah menghubungi pihak MUIP untuk mendapatkan nombor pos daftar dan menyemak nombor tersebut di Pejabat pos yang berhampiran. Sekiranya tidak ada, sila maklum ke Pentadbiran MUIP untuk tindakan yang selanjutnya.

 

Saya seorang pelajar di IPTA dan masih lagi di semester yang pertama. Adakah saya layak memohon bantuan dermasiswa ini?

Tidak Layak. Bagi pelajar yang baru mendaftarkan diri ke IPTA/S boleh memohon bantuan zakat dengan mengisi borang BBM96 yang boleh didapati di MUIP cawangan yang berhampiran atau boleh muat turun borang tersebut di portal MUIP.

 

Pada tahun lepas saya telah memohon dermasiswa ini tetapi saya dimaklumkan oleh pihak MUIP bahawa saya tidak layak menerima bantuan tersebut dengan alasan saya tidak menyertakan surat pemastautin. Dimanakah saya boleh mendapatkan surat tersebut?

Surat pemastatutin hanya perlu disertakan bagi pelajar yang lahir di luar Pahang dan telah bermastautin sekurang-kurangnya 7 tahun di negeri ini. Surat tersebut boleh didapati dari ketua kampung, pejabat penghulu ataupun pengurus felda. Surat tersebut juga perlulah dibuat di atas nama pemohon dan bukan ibu/bapa atau penjaga.

 

Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 16 November 2011 )
 
Lain-Lain



http://www.muip.gov.my/images/banners/ikonr-dermasiswa-2013.png
http://www.muip.gov.my/images/muat-turun-dokumen-muip1.png
Slide Album
Waktu Solat Kuantan

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Hakcipta Terpelihara 2008
Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885
e-mail: info@muip.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 5+ dengan resolusi (1024 x 768)
Hakcipta Terpelihara © 2008, MUIP.
Diselenggara oleh Unit Teknologi Maklumat m
справочник телефонов выксы база данных телефонов города тольятти московский мобильный справочник справочник телефонов черновцы сотовая телефонная база владивосток определение местонахождения телефонного абонента телефонная база омска 2013 онлайн здесь на сайте база данных телефонов 2010 поиск человека по адресу email найти программа определить по телефону адрес найти имеил по номеру телефона телефонная база заволжья найти поиск телефонов справочник домашних телефонов новокузнецк возможности смс перехватчика как найти человека в хабаровске по фамилии определить свое местонахождение справочник телефонов город елец справочник телефонов и адресов казани как поиск адрес по найти телефон здесь база данных телефонов телефонная база академгородка найти адрес телефонная база киевской области здесь программа для поиска абонента по imei на сайте казань справочник домашних телефонов определить домашний телефон по адрессу телефонная база мегафон сибирь справочник номера телефонов краснодарского края база данных справочник адресов одесса адресно-телефонная база волгограда онлайн GTA 5 sitemap