|
Program Walimatul Urus Saudara Baru Orang Asli |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Thursday, 11 August 2011 |
|
PEKAN 21 JULAI 2011 BERSAMAAN 19 SYAABAN 1432H, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyempurnakan Program Walimatul Urus Saudara Baru Orang Asli Daerah Pekan di Kg Meranti, Nenasi Pekan.
Seramai 5 pasangan orang Asli telah diraikan dimana 2 pasangan telah diakad nikah pada program ini. Pasangan Azhar bin Abdullah dan Masuri bt Ani dari Kampung Meranti,Pekan dan pasangan Salleh bin Ahmad dan Suraya bt Abdullah dari Kampung Permatang Keledang,Pekan telah dinikahkan oleh Wali Hakim Kampung Nenasi.
Program ini telah dimeriahkan dan disaksikan oleh tetamu terhormat iaitu YB Dato’ Haji Ishak bin Haji Muhammad selaku Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bebar, YH Dato’ Haji Bakar bin Mamat iaitu Pengurus Kompleks Asnaf MUIP, Penghulu Mukim Bebar, Encik Sis bin Mahmud, Pengerusi JKKK Kampung Meranti, Nenasi Darat, Nenasi Pantai dan Batin Kampung Meranti serta pegawai-pegawai MUIP, Nenasi Pekan. Setiap pasangan pengantin telah mendapat sumbangan sebanyak RM 450.00 daripada Majlis dan YB Dato’ Haji Ishak bin Haji Muhammad turut menyampaikan sumbangan cenderahati kepada 5 pasangan pengantin tersebut.
Di majlis yang sama juga, Jenab A/P Sera telah memeluk Islam yang disyahadahkan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan. Beliau menerima saguhati memeluk Islam sebanyak RM 500.00 beserta set peralatan ibadah. Program anjuran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan ini telah dijayakan dengan kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, MUIP cawangan Kuantan, Cawangan Pekan dan Cawangan Muadzam Shah. Turut menjayakan program ini ialah Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Zon Timur yang terdiri daripada daerah Pekan, Maran, Kuantan dan Chenor.
Disediakan oleh, Unit Teknologi Maklumat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 31 October 2012 )
|