|
Taklimat Amil Fitrah Temerloh 2011 |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Thursday, 11 August 2011 |
|
TEMERLOH 3 OGOS 2011 BERSAMAAN 3 RAMADHAN 1432H, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui pejabat Cawangan MUIP Daerah Temerloh telah mengadakan Taklimat Amil Zakat Fitrah 2011/1432H dan Penyerahan Resit Fitrah serta Penyampaian Sumbangan Peralatan kepada Asnaf Fakir Miskin Daerah Temerloh bertempat di Masjid Abu Bakar Temerloh.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari telah dihadiri seramai 123 amil bertauliah daerah Temerloh. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azahari b. Md Saad selaku Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP cawangan Temerloh.
Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Sumbangan Peralatan kepada Asnaf Fakir Miskin oleh Tuan Haji Mohd Ali b. Mat Dasir, Pegawai Hal Ehwal Islam (MUIP) Pekan, wakil Timbalan Yang Dipertua MUIP, YDH Dato Sri' Wan Haji Abdul Wahid b. Wan Hassan dan turut menjemput Dato’ Abdul Mubin b. Abdul Hamid, Pegawai Daerah Temerloh, untuk menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah sebanyak RM 46,595.00 iaitu bagi Bantuan Baikpulih Rumah dan juga Bantuan Modal (Peralatan) .
Disediakan oleh, Unit Teknologi Maklumat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 31 October 2012 )
|