|
Motivasi Pelajar Orang- orang Asli 2011 |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Tuesday, 02 August 2011 |
|
KUANTAN 11 JULAI 2011M BERSAMAAN 11 SYAABAN 1432H. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan semangat di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli supaya melahirkan pelajar yang cemerlang bukan saja di dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai sahsiah dan jati diri dalam menghadapi cabaran masa kini.
Sasaran program motivasi ini ialah dari kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan iaitu terdiri dari seperti berikut : a) Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan seramai 34 orang pelajar b) Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau Kuantan sermai 2 orang pelajar c) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing Kuantan seramai 4 orang pelajar
Program ini telah dilaksanakan oleh Fasilitator dari PETAMA yang mendedahkan 3 slot iaitu : a) Tips Menjadi Pelajar Cemerlang (Matlamat, Positif, Displin & Tanggungjawab) b) Muhasabah Diri (Kenal Diri & Pencipta, Kenang Ibubapa & Guru, Yakin Diri & Pasti Hala Tuju) c) Anjakan Paradigma (Minda, Budaya, Akhlak & Pendidikan)
Sepanjang program ini dilaksanakan, pelajar-pelajar telah memberi komitmen yang amat menggalakan terutama ketika persembahan berkumpulan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk membuat persembahan yang terbaik. Disamping itu, mereka juga amat berminat jika sekiranya peluang yang sebegini diadakan sekali lagi. Selain itu, program ini juga telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pekan dan Kuantan. Diakhir program ini, pelajar-pelajar dibekalkan sijil, hamper dan juga duit saku. Disediakan oleh, Unit Teknologi Maklumat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 31 October 2012 )
|