|
Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 15888 MUIP |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 27 July 2011 |
|
KUANTAN, 22 JULAI 2011 bersamaan 20 SYA'ABAN 1432H, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah melancarkan Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 15888 MUIP bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I Kuantan bersempena Bulan Muamalat 2011.
YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Muamalat 2011 dan Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 15888. Bulan Muamalat 2011 ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 21-24 Julai 2011 telah dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) beserta INSKIP iaitu gabungan Institusi Kewangan Islam Pahang yang terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful dan Bank Rakyat.Perkhidmatan MySMS 15888 ini dilancarkan bertujuan memberikan kesenangan dan kemudahan kepada umat Islam di negeri Pahang dalam mendapatkan maklumat berkaitan zakat melalui khidmat pesanan ringkat (SMS). Terdapat 7 jenis perkhidmatan telah diperkenalkan pada peringkat pertama ini iaitu: 1. Perkhidmatan untuk menyemak status permohonan bantuan kewangan zakat. 2. Perkhidmatan menyemak maklumat amil. 3. Perkhidmatan menyemak status permohonan dermasiswa 4. Perkhidmatan menyemak kadar zakat Fitrah. 5. Perkhidmatan menyemak senarai perkhidmatan MUIP dan PKZ 6. Perkhidmatan menjadi rakan MUIP 7. Perkhidmatan menyemak kadar Nisab Zakat Harta.
Sehubungan itu, dengan pelancaran perkhidmatan ini diharapkan umat Islam di negeri Pahang akan menjadi lebih prihatin,bertanggungjawab dan dapat membantu MUIP dalam menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan umat Islam.
Disediakan oleh, Unit Teknologi Maklumat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 27 July 2011 )
|