|
Program Ziarah Prihatin Pesakit- pesakit HTAA 2011 |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Tuesday, 12 July 2011 |
|
KUANTAN 27 JUN 2011M BERSAMAAN 25 REJAB 1430H. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sekali lagi dengan prihatinnya telah melaksanakan Program Ziarah Prihatin Pesakit-Pesakit Hospital di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan. Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan beberapa kakitangan MUIP antaranya YH Dato’ Haji Bakar bin Mamat selaku Pengurus Kompleks Asnaf MUIP dan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP, Ustaz Badlishah Alaudin.YDH Dato’ Sri Timbalan Yang Dipertua MUIP telah menyempurnakan sumbangan sebanyak RM 80,000.00 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Beliau juga menyampaikan bantuan RM 90,000.00 untuk tujuan baikpulih Balai Pelawat dan pembinaan wakaf Unit Forensik hospital tersebut. Pihak MUIP telah melakukan lawatan ziarah prihatin pesakit-pesakit di 2 buah wad iaitu Wad Orthopedik dan Wad Kanak-kanak. Seramai 87 orang pesakit telah diberi bantuan berupa wang tunai dan hamper setiap seorang.
Disediakan oleh, Unit Teknologi Maklumat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 31 October 2012 )
|