Monday, 06 September 2010
  Utama
 
Berita Semasa
Imbasan Berita

12 Mei 2009 Selasa, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM231,600.00 kepada pelbagai penerima sempena Majlis Penyerahan Dan Agihan Zakat Siri 3/2009 yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Jerantut.

Selengkapnya...
 
Kandungan Utama
Utama
Perutusan
Latarbelakang
Zakat
Fakir & Miskin
Muallaf/ Dakwah
Masjid/Surau
Pendidikan
Jejak Asnaf
Enakmen/ Perundangan
Unit & Kakitangan
Muat Turun Dokumen
Kalender Aktiviti
Renungan/Tazkirah
Peta Laman
Carian
Hubungi MUIP
e-simaz
e-kedatangan
e-hartanah
Waktu Solat (Pahang)
Login Form





Kata Kunci hilang?
Pautan





Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini327
mod_vvisit_counterSemalam282
mod_vvisit_counterMinggu Ini327
mod_vvisit_counterBulan Ini2057
mod_vvisit_counterSemua306764

 
Advertisement
Bengkel Pelan Strategik Agihan Dan Kutipan Zakat 2010 Cetak E-mail
Ditulis Oleh Web Master   
Wednesday, 27 January 2010

BENGKEL PELAN STRATEGIK AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT 2010

  
  

KUANTAN. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik Kutipan Dan Agihan Zakat 2010 bermula pada 17 hingga 19 Januari 2010 bertempat di Hotel Shahzan Inn Kuantan. Peserta yang terlibat di dalam menjayakan bengkel tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’, Ketua-Ketua Jabatan dan juga Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’S). Objektif utama diadakan bengkel tersebut adalah untuk merangka dan merumuskan pelan tindakan dalam melaksanakan tugas mengutip dan mengagihkan wang zakat tahun 2010 serta mendapatkan pandangan serta cadangan dari pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan MUIP. Ucaptama bengkel telah disampaikan oleh YDH.Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP dan seterusnya diulas di dalam empat bahagian utama iaitu ulasan Asnaf Fakir dan Miskin oleh YH.Dato’ Mohd Mokhtar Bin Shafie ( Ahli Mesyuarat MUIP ), ulasan Asnaf Muallaf oleh Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haudin ( AJK Perundingan Hukum Syara’),ulasan Asnaf Al-Gharimin dan Ar-Riqab oleh YH.Dato’ Haji Abdul Mutalib Bin Haji Mohd Ali Al-Fakwie ( AJK Perundingan Hukum Syara’) dan ulasan Asnaf Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil oleh Sahibus Samahah YH.Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman ( Mufti Negeri Pahang ), dalam pada masa yang sama juga para peserta turut memberilan ulasan dan pandangan bagi penambahbaikan urusan agihan dan kutipan zakat. Hasil daripada ulasan dan pandangan yang telah diberikan oleh peserta, diadakan pula bengkel bagi memperhalusi ulasan dan cadangan yang telah diberikan. MUIP akan menubuhkan satu Jawatankuasa bagi membincangkan segala cadangan yang telah diberikan dan akan dilanjutkan kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ bagi memastikan segala yang bakal dilaksanakan menepati kehendak Hukum Syara’. YDH.Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan mengucapakan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan Bengkel Pelan Strategik Agihan dan Kutipan Zakat 2010. Bengkel yang telah dilaksanakan ini sekaligus menunjukkan kesungguhan MUIP di dalam usaha melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa di dalam urusan agihan dan kutipan zakat agar lebih berkesan di Negeri Pahang.

Disediakan Oleh:
MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM
Pegawai Hal Ehwal Islam
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 27 January 2010 )
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Lain-Lain




Slide Album
Waktu Solat Kuantan
Kajian
Portal rasmi MUIP ini memberi banyak maklumat atau kemudahan kepada anda
 
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Hakcipta Terpelihara 2008
Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885
e-mail: info@muip.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 5+ dengan resolusi (1024 x 768)
Hakcipta Terpelihara © 2008, MUIP.
Diselenggara oleh Unit Teknologi Maklumat m